web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Tembak Kota Tinggi: Warga Emas Direman 7 Hari

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2026 1:28PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA TINGGI - Seorang lelaki warga emas disyaki terlibat dalam insiden tembakan yang mengorbankan tiga individu di Taman Kota Jaya di sini semalam, direman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nurkhalida Farhana Abu Bakar di Mahkamah Majistret Kota Tinggi hari ini.

Tempoh reman itu bagi membolehkan siasatan lanjut terhadap suspek lelaki tempatan berusia 71 tahun dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu, suspek tiba di pekarangan mahkamah kira-kira 9 pagi dengan tangan bergari dan diiringi polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi.

Semalam, Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad memaklumkan dua lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing maut akibat ditembak di sebuah restoran di Taman Kota Jaya di sini.

Beliau berkata dalam kejadian kira-kira 1.30 tengah hari itu kesemua mangsa berusia 37 hingga 63 tahun dipercayai ditembak menggunakan senjata api jenis shotgun. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

2

Semasa 2 hari yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

3

Semasa 3 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

4

Semasa 5 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ribut Di Lembah Klang Ragut 1 Nyawa, Banjir Kilat Landa Petaling Jaya

oleh Sophia Ahmad

Sukan 16 jam yang lalu

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

oleh Sophia Ahmad