web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Had Umur 16 Tahun Media Sosial: Libat Urus Diteruskan Sebelum Pelaksanaan - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2026 8:59PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan, menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), masih menjalankan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berkepentingan sebelum penguatkuasaan had umur 16 tahun bagi akaun media sosial dilaksanakan.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata inisiatif itu bertujuan memberikan taklimat, mendengar pandangan serta menangani kebimbangan pelbagai pihak, selain memastikan matlamat utama kerajaan untuk melindungi keselamatan kanak-kanak dan keluarga di alam maya tercapai.

"Pihak MCMC memang mengadakan sesi libat urus yang berterusan dan saya percaya ramai lagi yang wajar dijemput untuk diberi taklimat serta didengar pandangan mereka.

"Hasrat kerajaan bukan untuk menyekat hak bersuara, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak, tetapi punca utama ikhtiar ini adalah untuk menjamin keselamatan mereka dan keluarga di Internet," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Datum bersempena dengan Festival Seni Bina Kuala Lumpur 2026 di The Linc KL, di sini hari ini.

Beliau turut memperbetul salah faham berhubung pelaksanaan itu dengan menjelaskan bahawa kanak-kanak masih boleh mengakses Internet atau platform media sosial, namun perlu di bawah pemantauan penjaga.

"Kita mahu sekat kanak-kanak bawah usia 16 tahun daripada membuka akaun sendiri, namun sekiranya ibu bapa yang membuka akaun tersebut dan memantau penggunaannya, perkara itu tidak menjadi masalah.

"Contohnya, aplikasi YouTube, mereka masih boleh menonton kandungan di sana. Kita cuma tidak mahu mereka mempunyai akaun peribadi yang membolehkan pemangsa seksual atau pedofilia menghubungi mereka secara terus," katanya.

Beliau berkata langkah itu turut disokong oleh pandangan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman yang berpendapat sama tentang risiko serius yang dihadapi kanak-kanak apabila memiliki akaun tanpa pengawasan.

Fahmi turut menarik perhatian beberapa kes jenayah siber serius, termasuk kes seksual di Sabah membabitkan mangsa berusia 15 tahun yang mengenali pemangsa menerusi TikTok, serta isu buli siber yang meragut nyawa seperti kes mendiang Rajeswary Appahu atau Esha.

Berhubung kemungkinan terdapat tentangan, beliau menyatakan kesediaan untuk mengadakan pertemuan bagi memahami sudut pandang alternatif serta cadangan yang dikemukakan.

"Saya sedia bertemu dengan mana-mana pihak dan telah mengarahkan pasukan di MCMC untuk mempertimbangkan aspek yang perlu diambil kira dalam pelaksanaan nanti, namun keutamaan kami tetap kepada penyediaan ruang Internet yang selamat," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

3

Politik 2 bulan yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

Sorotan

1

Syed Saddiq Tamatkan Larian Kesyukuran Amal Sejauh Hampir 170 Km, Kutipan Dana Lepasi Sasaran

2

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

3

Ribut Di Lembah Klang Ragut 1 Nyawa, Banjir Kilat Landa Petaling Jaya

4

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

5

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

6

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Ribut Di Lembah Klang Ragut 1 Nyawa, Banjir Kilat Landa Petaling Jaya

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Syed Saddiq Tamatkan Larian Kesyukuran Amal Sejauh Hampir 170 Km, Kutipan Dana Lepasi Sasaran

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 5 jam yang lalu

Kucing Masih Hidup Ditemui Bawah Runtuhan Gempa Bumi, Jadi Simbol Harapan

oleh Wartawan Getaran