web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mesej ‘Skala Gred SPM’ Tular Adalah Palsu, KPM Lapor Polis

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2021 8:08AM

KPM telah membuat laporan polis dan SKMM berhubung tular mesej `Skala Gred SPM' di media sosial. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan bahawa 'Skala Gred SPM' yang tular di media sosial adalah daripada Lembaga Peperiksaan kementerian tersebut.

KPM dalam kenyataan berkata ‘Skala Gred SPM’ itu menggambarkan seolah-olah ia gred permarkahan sebenar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 serta boleh mengelirukan orang ramai, terutamanya ibu bapa dan calon peperiksaan itu.

"Adalah ditegaskan bahawa ‘Skala Gred SPM’ yang tular tersebut adalah bukan milik Lembaga Peperiksaan, KPM.

"Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan polis pada jam 10.31 malam hari ini dan juga laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi siasatan lanjut," kata KPM.

Kenyataan itu menyebut dakwaan tersebut mencemar imej, kewibawaan dan kredibiliti Lembaga Peperiksaan sebagai badan pentaksiran negara dan menggugat ketenteraman awam. 

Kenyataan itu merujuk kepada hantaran di media sosial Facebook milik 'MamaMia Mia' hari ini mengenai ‘Skala Gred SPM’ dengan kapsyen "Patut aku pelik budak2 sekarang berderet A." dan "#bilasekolahdipolitikkan".

Skala gred yang kini tular itu menunjukkan jadual skala markah diturunkan, antaranya untuk Matematik Tambahan, pelajar mendapat A- meskipun memperoleh skor hanya 50, manakala Bahasa Inggeris dan Melayu, dengan skor 66, pelajar memperoleh A-.- Bernama

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 2 tahun yang lalu

16 Pusat Peperiksaan SPM Di Terengganu Berdepan Risiko Gelombang Keempat Banjir

2

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Lantikan Pengawas Peperiksaan Kalangan Orang Awam Terikat Peraturan, SOP

3

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Calon SPM Terjejas Banjir, KPM Ikut Garis Panduan Sedia Ada - Fadhlina

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

SPM 2023: Ujian Amali Sains Pada 5 Hingga 7 Disember Ini

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar