web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agong Terima Menghadap Ketua Setiausaha Negara

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2026 1:31PM

Gambar Istana Negara

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Yang diPertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Pertemuan itu berlangsung di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, hari ini.

Hadir sama pada pertemuan itu ialah Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) Jabatan Perdana Menteri Datuk Muhammad Razman Abu Samah.

Beberapa keping gambar sesi menghadap itu turut dikongsikan dalam hantaran yang dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Sementara itu, Shamsul Azri menerusi hantaran di Facebooknya merafak sembah menjunjung kasih atas perkenan Seri Paduka Baginda yang menerima beliau menghadap pada pagi ini.

Pada pertemuan itu, beliau mempersembahkan perkembangan terkini berkenaan projek-projek pembangunan Persekutuan di Johor untuk makluman Seri Paduka Baginda.

"Patik menjunjung titah Tuanku yang sentiasa menzahirkan keprihatinan terhadap pelaksanaan segera projek-projek berkepentingan rakyat, khususnya dalam memperkukuh pembangunan ekonomi negara dan negeri Johor," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad