web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hidupan Laut Di Taman Laut Labuan Pacu Prospek Pelancongan

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2026 5:27PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LABUAN - Kepelbagaian hidupan laut di perairan sekitar pulau di Taman Laut Labuan menunjukkan peningkatan ketara, menurut Kelab Selam Labuan.

Pengerusinya, Teoh Ming Woei berkata perkembangan memberangsangkan itu dapat dilihat semasa aktiviti selaman kelab itu di sekitar Pulau Rusukan Besar dan Pulau Rusukan Kecil.

Beliau berkata baru-baru ini, penyelam menemukan lebih banyak spesies laut, termasuk penyu laut dan nudibrankia, selain ekosistem terumbu karang yang subur yang kini membantu kehidupan pelbagai organisma laut.

"Air yang jernih dan hidupan laut semakin bertambah, dan kami dapat melihat banyak penyu seperti penyu sisik, nudibrankia, serta spesies ikan berwarna-warni. Ini petanda positif bahawa ekosistem laut sedang melalui proses pemulihan yang baik," katanya kepada Bernama hari ini.

Teoh berkata perkembangan itu membantu memperkukuh masa depan sektor pelancongan selam di Labuan, kerana kepelbagaian hidupan laut yang lebih kaya dapat meningkatkan pengalaman menyelam secara keseluruhan dan menarik lebih ramai pengunjung ke pulau ini.

Beliau juga menggesa pihak berkuasa berkaitan melaksanakan langkah pemuliharaan dan perlindungan yang ketat bagi memastikan ekosistem laut terus terpelihara, khususnya di Taman Laut Labuan.

"Pemantauan dan perlindungan berterusan adalah penting bagi memastikan habitat ini kekal tidak terganggu dan lestari untuk generasi akan datang," katanya.

Taman Laut Labuan, yang merangkumi Pulau Kuraman, Pulau Rusukan Besar dan Pulau Rusukan Kecil, terkenal dengan kekayaan kepelbagaian hidupan laut, dan menjadi destinasi popular untuk aktiviti menyelam rekreasi. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 18 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

2

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

3

Semasa 3 minggu yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 17 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad