web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Asia Barat: Taklimat Khas Bersama Kepimpinan Negeri, Parti Politik Minggu Depan

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2026 5:55PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kerajaan bercadang menghimpunkan kepimpinan tertinggi pentadbiran setiap negeri, termasuk pimpinan parti politik, dalam satu taklimat khas yang dijangka diadakan minggu depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata taklimat yang akan disampaikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) itu bertujuan membincangkan langkah bersama bagi menjamin kemampanan ekonomi serta keselamatan negara susulan ketidaktentuan situasi di Asia Barat.

"Kita bersyukur kepada Allah SWT kerana masalah yang dihadapi tidak serumit di beberapa negara jiran. Setakat ini, belum ada catuan, belum berlaku kenaikan mendadak RON95 dan bekalan masih terjamin sehingga Mei. Keadaan juga dipantau setiap hari," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Bukit Jelutong, di sini, hari ini.

Mengulas cadangan pembangkang supaya sidang khas Dewan Rakyat diadakan bagi membincangkan implikasi perkembangan di Asia Barat, Anwar berkata perkara itu akan dipertimbangkan selepas pelan lebih konkrit dirangka hasil perbincangan bersama pemimpin negeri.

Perdana Menteri turut menegaskan bekalan minyak kekal stabil sehingga Mei seperti diumumkan sebelum ini dan mencukupi untuk menampung keperluan domestik.

"Keistimewaan Petronas ialah kepelbagaian pelaburannya, bukan sahaja di negara Teluk, malah di Brazil, Suriname dan Kanada. Oleh itu, kita akan mencari jalan bagi memastikan pulangan serta hasil dapat dimanfaatkan di dalam negara untuk memenuhi keperluan tempatan.

"Setakat ini, Alhamdulillah, meskipun terdapat situasi gawat di beberapa negara sekitar, kita perlu terus bersyukur serta tidak leka atau terlalu terikat dengan polemik politik, sebaliknya memberi tumpuan kepada usaha membela nasib rakyat dan negara," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Singapura 1 hari yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar