web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Pembunuhan 3 Beranak: Suspek Turut Meninggal Dunia - Polis

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2026 4:55PM

Lokasi kes pembunuhan tiga beranak yang mayat mereka ditemui tengah malam tadi - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tanda-tanya berhubung pembunuhan tiga beranak di Kuala Muda, Kedah yang mayat mereka ditemui tengah malam tadi dipercayai hampir terjawab, susulan siasatan awal pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata, siasatan awal polis mendapati suspek kejadian dipercayai sudah meninggal dunia.

Menurut beliau, lima saksi telah dipanggil setakat ini untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

“Polis dimaklumkan mengenai penemuan tiga mayat itu pada 12.30 tengah malam tadi oleh orang ramai.

“Mereka turut memberitahu, ketiga-tiga individu yang menghuni rumah terbabit tidak ditemui selama tiga hari,” katanya.

Getaran difahamkan, ketiga-tiga mangsa dikenali sebagai Zikri Abdul Rahman, 65, isterinya Suraya Man, 53, dan anak kepada wanita terbabit,  Muhammad Shakir Zufayri Abdul Aziz, 29.

Shakir ialah anak hasil perkahwinan Suraya yang terdahulu.

Hanyan berkata, Zikri dan Suraya difahamkan telah mendirikan rumah tangga sejak beberapa tahun lalu.

“Sewaktu polis memecah masuk, rumah berkenaan berada dalam keadaan gelap, dan mayat suami isteri itu ditemui dengan keadaan kepala mereka telah dipenggal.

“Kepala mereka dibungkus dengan kain dan diletakkan di sisi mayat, manakala terdapat beberapa anggota badan mayat wanita itu yang turut dipotong,” katanya. 

Jelas beliau, mayat Shakir pula ditemui dalam keadaan terbaring di tingkat atas rumah dan berlumuran darah, dengan kesan kelar di bahagian leher. 

“Polis juga menemui pelbagai senjata tauam yang dikumpulkan dalam sebuah bekas.

“Turut dijumpai ialah percikan darah di kawasan ruang tamu rumah dan tanda percubaan untuk melupuskan mayat kerana kesan di ruangan itu telah dibersihkan.

"Kejadian dipercayai berlaku antara 8 malam Isnin lepas,” katanya.

Difahamkan, Shakir pernah mengalami gangguan mental pada 2018 hingga 2019, namun tidak pernah mendatangkan gangguan kepada penduduk sekitar. - Getaran, 26 Mac 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

4

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad