web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Buka Semula Sektor Gimnasium Dan Kecergasan - PKM

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2021 8:00AM

Seorang pekerja membersihkan peralatan gim. - Gambar Bernama

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pakatan Kecergasan Malaysia (PKM) menggesa kerajaan untuk mengklasifikasikan semula industri gimnasium dan kecergasan sebagai perkhidmatan penting yang harus dibuka segera.

Menurut PKM, pandemik COVID-19 secara tidak langsung menyebabkan masalah berkaitan kesihatan turut meningkat, khususnya bagi penyakit tidak berjangkit seperti obesiti, kencing manis dan tekanan perasaan.

Pengendali sebuah gimnasium dari Sarawak, Kenny Sia meluahkan kekeliruan berhubung arahan penutupan gimnasium dan pusat kecergasan lain, walaupun premis seumpama itu tidak pernah mencetuskan sebarang kluster jangkitan.

Menurut beliau, ia adalah satu-satunya sektor ekonomi yang merekodkan kadar jangkitan terendah dan mampu memberi sumbangan positif dalam usaha menangani wabak COVID-19.

“Namun, industri ini masih diketepikan meskipun ia berkemampuan untuk mengurangkan beban perbelanjaan kesihatan negara dalam jangka masa panjang,” katanya.

Memetik kajian yang dilakukan oleh Universiti Glasgow Caledonian baru-baru ini, PKM menjelaskan bahawa aktiviti fizikal mampu menggandakan keberkesanan vaksin sehingga 40 peratus.

Seorang lagi ahli PKM, Andrew Philips menegaskan bahawa kadar jangkitan terendah yang direkodkan dari industri gimnasium dan kecergasan telah membuktikan bahawa sektor itu mampu mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) dengan cemerlang.

“Kami secara konsisten membuktikan kemampuan kami untuk mengawal orang ramai dan menjaga penjarakan sosial menerusi prosedur pengurusan tempahan dan lawatan.

“Dalam satu tinjauan membabitkan 254 gimnasium dan pusat kecergasan, hanya satu laporan jangkitan COVID-19 dikesan dalam 285 juta kunjungan, sekali gus membuktikan bahawa gimnasium adalah kawasan yang selamat jika semua SOP dipatuhi,” tegasnya.

Beliau memberitahu, tinjauan berkenaan mengumpul maklum balas daripada pengendali gimnasium tempatan, rangkaian gimnasium antarabangsa, gimnasium CrossFit, pusat kecergasan, studio yoga dan studio seni tempur campuran.

Seorang lagi ahli PKM, Raheem Hamilton pula berkata, ramai tidak menyedari bahawa gimnasium adalah sektor ekonomi tersendiri.

“Kami merupakan komponen kritikal dalam rantaian bekalan tuala, vendor pembersihan dan pembekal peralatan kecergasan,” katanya.

Sementara itu, pemilik The Playground Fitness, Toh Yen Kee berkata, kebenaran untuk semua gimnasium dan pusat kecergasan ini beroperasi mampu menyelamatkan periuk nasi pekerja, sekali gus memberi kelangsungan kepada pemain industri.

“Marilah kita membantu menyediakan ruang untuk ahli dan pelanggan kita memanfaatkan aktiviti fizikal, menikmati kualiti hidup lebih baik yang akan mendorong kepada kestabilan ekonomi negara,” katanya. - Getaran, 11 Jun 2021.

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 22 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad