web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nilai 3 Kembali Meriah Menjelang Aidilfitri

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2026 6:06PM

Seorang pelanggan membelek pinggan yang mahu dibeli di sebuah kedai di Nilai 3 - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NILAI - Pusat Perniagaan Nilai 3 di sini kembali meriah dengan kehadiran pengunjung bukan sahaja dari Negeri Sembilan, malah beberapa negeri lain yang datang membeli pelbagai barangan sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.

Suasana seperti itu lazimnya hanya berlaku menjelang musim perayaan apabila rata-rata pengunjung mengambil kesempatan mendapatkan pelbagai barangan pada harga lebih berpatutan.

Tinjauan Bernama mendapati premis menjual pakaian, permaidani, langsir, pinggan mangkuk serta perhiasan rumah antara yang menjadi tumpuan orang ramai.

Peniaga pakaian Muhammad Khani Khan Muhammad Syah, 23, berkata sejak minggu lepas jumlah pelanggan yang datang ke kedainya meningkat dengan ketara untuk membeli baju kurung, kurta, baju Melayu dan tudung.

"Banyak pelanggan sekarang, peningkatan lebih 100 peratus yang datang membeli di kedai kami. Kalau pada bulan biasa hanya hujung minggu ramai orang tetapi sekarang hampir setiap hari ada pengunjung yang datang membeli. Alhamdulillah," katanya kepada Bernama di sini.

Pendapat itu turut disokong peniaga karpet, Hassan Karimi, 42, yang berkata jualan permaidani di kedainya memberangsangkan, terutama bagi jenis Dubai, Tatami, Velvet dan karpet Turki yang dijual pada harga antara RM20 hingga RM900 bergantung kepada jenis serta saiz.

"Kalau dulu untuk menjual 10 karpet sehari pun agak sukar tetapi sejak minggu lepas ramai datang membeli dan jualan meningkat lebih dua kali ganda," katanya yang telah berniaga lebih 10 tahun.

Sementara itu, seorang pengunjung Nurul Aisyah Mohd Ghazali, 34, berkata dia memilih untuk membeli-belah di pusat perniagaan itu bersama keluarganya kerana terdapat pelbagai pilihan barangan keperluan rumah pada harga yang lebin berpatutan.

Pengunjung dari Gombak, Selangor itu berkata walaupun terpaksa mengharungi kesesakan jalan raya, terutama pada hujung minggu, dia tetap sanggup datang ke lokasi itu untuk membeli karpet dan langsir.

"Kalau di kedai luar, karpet Dubai bersaiz XXL boleh mencecah RM150 tetapi di sini kami boleh membelinya dengan harga sekitar RM60 sahaja, sangat menjimatkan," kata ibu kepada dua cahaya mata itu.

Seorang lagi pengunjung, Latifah Baba, 58, yang juga suri rumah dari Melaka berkata walaupun terdapat sedikit kenaikan harga bagi beberapa barangan pada musim perayaan ini, harganya masih murah berbanding di kedai lain.

Latifah berkata dia akan datang ke pusat perniagaan itu sekurang-kurangnya dua bulan sekali untuk membeli tudung dan jubah.

"Di sini banyak pilihan dan harganya juga berbaloi. Biasanya tudung sarung tiga lapis dijual sekitar RM49 di luar tetapi di sini boleh didapati antara RM28 hingga RM30. Kalau pandai menawar, harganya boleh jadi lebih murah," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 4 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Tiada Perjanjian Dimuktamadkan Antara UMNO Dan Pas - Zahid 

2

Politik 5 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Politik 1 minggu yang lalu

BN Pertimbang Tukar Kerusi Di NS, Tok Mat Mahu Rombakan Strategi Pilihan Raya 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gurauan ‘Tok Undang’: Pegawai MB Negeri Sembilan Tampil Mohon Maaf

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad