web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perdagang Bayi Dan Amang Seksual: Juruteknik Dipenjara 18 Tahun, 24 Sebatan

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2026 8:05PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seorang juruteknik dijatuhi hukuman penjara keseluruhan 18 tahun dan 24 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas 10 pertuduhan melibatkan pemerdagangan bayi, melakukan amang seksual fizikal serta menghasilkan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak, dua tahun lepas.

Hukuman terhadap Muhammad Imran Abdullah, 30, diputuskan selepas dia membuat pengakuan itu yang dibacakan berasingan di hadapan Hakim Mohd Zamir Suhaimee, Madinah Zainol dan Nor Aziati Jaafar.

Bagi kes pemerdagangan bayi, Muhammad Imran dijatuhi hukuman penjara 15 tahun bagi setiap tiga pertuduhan memperdagangkan dua bayi perempuan berusia lima hari dan seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan bagi tujuan eksploitasi aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Taman Melor, Taman Kota Masai dan Taman Scientex di Pasir Gudang antara 9 malam, 11 Mac hingga 12 tengah hari, 24 November 2024, mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007, yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Di mahkamah berasingan, tertuduh yang juga bapa kepada tiga anak berdepan dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak berusia lima tahun, selain turut didakwa menghasilkan bahan penganiayaan seksual dengan merakam video mangsa ketika perbuatan itu dilakukan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bilik tidur di sebuah rumah di Kampung Pasir di sini, kira-kira 10.30 hingga 11 pagi, 5 April 2024.

Bagi kesalahan itu, Madinah menjatuhkan hukuman penjara keseluruhan 10 tahun dan 12 sebatan selepas tertuduh didapati bersalah mengikut Seksyen 14 (a) dan Seksyen 14(b) serta Seksyen 5 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sementara itu, di hadapan Nor Aziati, Muhammad Imran turut mengaku bersalah atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak kerana melakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak berusia antara enam hingga tujuh tahun.

Dia juga didakwa di bawah Seksyen 5 akta yang sama kerana menghasilkan bahan penganiayaan seksual dengan merakam video dua mangsa tersebut ketika perbuatan itu dilakukan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang kira-kira 11 pagi hari sama.

Bagi kesalahan berkenaan, Nor Aziati menjatuhkan hukuman penjara keseluruhan 18 tahun dan 12 sebatan.

Mahkamah kemudian memerintahkan semua hukuman penjara berjalan serentak, menjadikan tertuduh menjalani hukuman penjara keseluruhan 18 tahun bermula dari tarikh tangkap pada 19 Julai 2025, dengan 24 sebatan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani kaunseling pemulihan sepanjang tempoh pemenjaraan serta berada di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas dibebaskan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Diyana Zubir, Nor Fadilah Johanuddin dan Nur Farah Wahida Shahudin.

Peguam Mohamed Imran Mohamed Sam dan Haziq Ishak merayu anak guamnya dikenakan hukuman ringan atas alasan mempunyai tiga anak yang masih kecil, menanggung ibu bapanya yang uzur serta menzahirkan penyesalan atas perbuatannya.

Bagaimanapun, ketiga-tiga hakim dalam hujah mereka menegaskan kepentingan awam perlu diutamakan berbanding kepentingan peribadi serta mengambil kira kesan trauma terhadap mangsa yang masih kecil, selain menetapkan kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah berat. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

2

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

3

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

4

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran