web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aidilfitri: PLUS Jangka 2.3 Juta Kenderaan Sehari Bermula Rabu Ini

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2026 5:57PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUBANG - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan sebanyak 2.3 juta kenderaan sehari selama enam hari mulai Rabu depan di rangkaian lebuh raya kendaliannya sempena sambutan Aidilfitri.

Pengarah Urusan PLUS Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata enam hari puncak berkenaan adalah pada 18 hingga 20 Mac dan 27 hingga 29 Mac.

"Angka itu mencatatkan peningkatan lebih 20 peratus, yang menggunakan rangkaian lebuh raya PLUS," katanya pada sidang media di Menara PLUS, di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali dan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Dr Nadzrol Fadzilah Ahmad.

Beliau berkata lebih 6,000 petugas PLUS ditugaskan di lokasi terpilih bagi kelancaran perjalanan lebuh raya selain melaksanakan penambahbaikan kemudahan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) termasuk menyediakan 25 tandas kabin di plaza tol dan hentian sebelah yang terpilih.

Nik Airina berkata sebanyak 34 lokasi utama sepanjang lebuh raya akan diaktifkan Smart Lane bagi memastikan kelancaran perjalanan.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan pengguna lebuh raya merancang perjalanan ke destinasi masing-masing berpandukan jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA bagi perjalanan di Lebuhraya PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

"Pada musim perayaan Tahun Baharu Cina yang lepas, trend perjalanan pengguna yang mengikut saranan jadual perjalanan MyPLUS-TTA dapat menikmati perjalanan yang lebih lancar dan singkat, namun hanya 29 peratus pengguna lebuh raya yang menggunakan jadual perjalanan digital itu," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad