web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekas Pengawal Peribadi Menyamar Polis Dipenjara 6 Tahun, 2 Sebatan

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2026 7:21PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Seorang bekas pengawal peribadi yang menyamar sebagai anggota polis dihukum penjara enam tahun dan dua sebatan selepas mengaku bersalah menyamun sebuah motosikal serta menyebabkan kecederaan kepada penunggangnya pada bulan lepas.

Mohd Faizal Sinorcho, 40, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Najwa Che Mat di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu menyamun sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang lelaki, dan sengaja menyebabkan kecederaan kepada lelaki berkenaan di Jalan Cindai Bandar Puteri Jaya di sini pada 12.45 pagi, 9 Februari lepas.

Pendakwaan mengikut Seksyen 392 [Akta 574], yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara hingga 14 tahun serta denda atau sebatan.

Sementara itu di dua kamar Mahkamah Majistret berasingan, tertuduh turut dikenakan hukuman penjara tujuh bulan selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menyamar sebagai polis.

Di hadapan Majistret Mohamad Azlan Basri, dia didakwa menyamar sebagai polis dengan memakai vest berlogo polis dan memegang gari di hadapan seorang wanita di hadapan pintu CMart Cengal di sini, pada 12.45 pagi, 9 Februari lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan, dan bagi kesalahan itu, Mohd Faizal dihukum penjara lima bulan.

Di hadapan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi pula, dia dituduh menyamar sebagai polis dengan memakai vest berlogo polis dan memperdaya seorang wanita dalam kereta Perodua Viva yang dalam perjalanan dari Gerik, Perak ke Sungai Petani, Kedah antara 5.50 petang hingga 11.30 malam, 8 Februari lepas.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 171 Kanun Keseksaan dan dihukum penjara dua bulan.

Majistret Muhammad Syaiful Akmal turut menjatuhkan hukuman penjara 24 bulan ke atasnya selepas mengaku bersalah menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang wanita dengan niat melakukan perbuatan mencabul kehormatan pada masa, tempat dan tarikh yang sama.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara hingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 20 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

4

Semasa 5 hari yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 20 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad