web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Lancar NSRC, Perkukuh Tindakan Banteras Jenayah Penipuan Dalam Talian

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2026 7:48PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CYBERJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di Menara 2 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di sini.

Pelancaran itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan dalam memperkukuh tindakan bersepadu membanteras jenayah penipuan dalam talian yang kian berleluasa, selain memastikan respons lebih pantas terhadap aduan mangsa.

NSRC yang berada di bawah seliaan Kementerian Dalam Negeri sebelum ini beroperasi di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia.

Sejak ditubuhkan pada 12 Oktober 2022, NSRC boleh dihubungi melalui talian 997 dan beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam. Bagaimanapun, selepas dipindahkan ke Menara 2 MCMC pada 17 November lepas, pusat berkenaan beroperasi 24 jam sehari.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Hadir sama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dan Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) Datuk Seri Shamshun Baharin Moha Jamil.

Terdahulu, Anwar tiba pada 2 petang dan terus menuju ke aras 17 Menara 2 MCMC untuk meninjau operasi pusat berkenaan.

Beliau kemudian menyampaikan amanat ringkas kepada petugas NSRC sebelum menurunkan tandatangan pada plak sebagai simbolik perasmian.

Langkah memperkasa NSRC selaras dengan pendekatan kerajaan untuk meningkatkan tahap keselamatan digital negara dan melindungi kesejahteraan rakyat daripada ancaman jenayah siber yang semakin kompleks.

Keupayaan NSRC bertindak pantas termasuk menyelamatkan wang mangsa diperkukuh melalui kerjasama bersepadu antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bank komersial yang kini ditempatkan bersama di pusat operasi baharu Itu.

Pusat berkenaan berperanan sebagai hab penyelarasan utama dalam mempercepat proses pengesanan dan pembekuan aliran dana yang terlibat dalam aktiviti penipuan, di samping memperkukuh mekanisme tindak balas terhadap laporan diterima daripada orang awam. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar