web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Remaja Kuantan Cipta Sejarah, Rakyat Malaysia Termuda Lanjut Pengajian Perubatan Di Rusia

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2026 8:45PM

Iskandar Warid bersama Pengerusi MARA, Datuk Dr Mohd Asyraf Wajdi Dusuki

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan mencipta pencapaian luar biasa apabila berjaya melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Kursk State Medical University di Rusia pada usia seawal 17 tahun.

Iskandar Warid Mohd Nazrul Izad, anak keempat kepada ahli perniagaan Datuk Seri Mohd Nazrul Izad Mohd Arsad, memperoleh tempat di universiti berprestij Rusia itu menggunakan keputusan percubaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE UK) tahun lalu.

Mohd Nazrul ketika ditemui media berkata, beliau amat berbangga dengan pencapaian akademik luar biasa anaknya.

“Ketika rakan-rakan sebayanya sibuk membuat persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia telah pun memulakan pengajian di sebuah universiti di luar negara,” katanya.

Iskandar dijadualkan berlepas ke Rusia esok dan akan kembali pada Disember untuk menduduki peperiksaan SPM.

Dedah Mohd Nazrul, potensi akademik Islandar sudah terserlah sejak sekolah rendah lagi, malah dia turut meraih pelbagai anugerah kecemerlangan sepanjang tempoh bersekolah di MRSM.

“Siapa sangka seorang anak dari Beserah mampu melangkah sejauh ini untuk mengejar impiannya menjadi seorang doktor dan mungkin suatu hari nanti, seorang ahli politik.

“iskandar akan mengikuti program selama tujuh tahun untuk melayakkannya bergelar doktor, selepas itu dia boleh memilih sama ada untuk melengkapkan latihan klinikal di luar negara atau di Malaysia,” katanya.

Iskandar Warid ketika ditemui berkata, dia berazam untuk memanfaatkan sepenuhnya peluang keemasan berkenaan.

“Insya-Allah, saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai impian menjadi pakar kanser suatu hari nanti.

“Saya amat terkesan dengan pemergian datuk kesayangan saya akibat kanser paru-paru. Itulah yang mendorong saya untuk mengkhusus dalam rawatan kanser,” jelasnya.

Remaja bercita-cita tinggi itu juga berharap dapat menjalankan penyelidikan bagi membangunkan terapi kanser yang lebih berkesan dan mampu milik. - Getaran, 24 Februari 2026

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 20 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad