web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tokoh Kewangan Islam Didakwa Bersubahat Urus Sekuriti Tanpa Lesen

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2026 5:58PM

Daud Bakar - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tokoh kewangan Islam Tan Sri Dr Moha Daud Bakar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan bersubahat menjalankan perniagaan sekuriti tanpa lesen.

Mohd Daud, 62, yang juga bekas Pengerusi Majlis Penasihat Shariah (SAC) Bank Negara Malaysia (BNM) bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Norma Ismail.

"Faham, saya mohon dibicarakan," katanya.

Mengikut pertuduhan, Mohd Daud didakwa sebagai wakil syarikat Energy Eco Berhad bersubahat dengan AUF MBZ Consortium PLT, yang menjalankan suatu urusan dalam aktiviti terkawal iaitu berniaga dalam sekuriti, sedangkan AUF MBZ bukan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal dan bukan juga individu berdaftar bagi aktiviti terkawal berkenaan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 14 Jun 2021 hingga 9 Ogos 2023 di C6-1, Jalan Reef 1/2, Pusat Perniagaan Reef, Rawang dalam Daerah Gombak, Selangor.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Subseksyen 58(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (Akta 671) dibaca bersama Perenggan 370 (c) dan Subseksyen 367(1) akta sama, yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 58(4) akta berkenaan, memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RMIO juta atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) Shoba Venu Gobal mencadangkan jaminan RM200,000 dengan dua penjamin berserta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri sebulan sekali di pejabat SC berdekatan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

"Ini merupakan kesalahan serius yang berkaitan dengan bersubahat. Tertuduh merupakan wakil (syarikat) Energy Eco Berhad ketika kejadian," katanya.

Peguam Mohd Haziq Razali yang mewakili Mohd Daud memohon supaya jaminan dikurangkan kepada RM50,000 dan tidak membantah syarat tambahan ditetapkan pendakwaan memandangkan anak guamnya memberikan kerjasama baik sepanjang siasatan bermula pada 2024.

Mahkamah kemudian membenarkan Moha Daud diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan seperti dipohon pendakwaan dan menetapkan 10 April depan untuk sebutan kes. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 2 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

4

Semasa 5 hari yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad