web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PGA Tumpas Sindiket Seludup Migran Di Sempadan Negeri Sembilan

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2026 5:19PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan satu sindiket penyeludupan migran yang bergiat aktif di kawasan sempadan Negeri Sembilan, semalam.

Komander Briged Tengah PGA SAC Hakemal Hawari berkata dalam serbuan menerusi Op Taring Delta itu, pihaknya menahan 22 migran warga Indonesia terdiri daripada 20 lelaki termasuk empat tekong laut serta dua wanita.

"Selain itu, dua kereta jenis Honda City dan Volkswagen Tiguan serta enam telefon bimbit yang disyaki digunakan dalam kegiatan itu turut dirampas. Keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM239,000," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata semua tangkapan disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

Dalam perkembangan berkaitan, Hakemal berkata Briged Tengah PGA menahan 161 individu dengan pelbagai rampasan melibatkan nilai keseluruhan RM8 juta menerusi 39 serbuan yang dijalankan sejak 1 Jan hingga 9 Februari lepas.

Kesemua serbuan itu dijalankan di sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Menurut Hakemal beberapa siri operasi telah dilaksanakan seperti Op Taring Nyah 1 bagi mencegah kemasukan pendatang tanpa izin, Op Taring Delta (mencegah penyeludupan migran), Op Kontraban (membanteras penyeludupan barangan tanpa cukai), Op Bersepadu Khazanah (kesalahan berkaitan hidupan liar dan khazanah negara) serta Op Hazard bagi jenayah berkaitan alam sekitar.

"Operasi ini dilaksanakan secara bersepadu bersama agensi penguat kuasa lain selaras dengan pendekatan holistik dalam menangani jenayah rentas sempadan," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 5 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Tiada Perjanjian Dimuktamadkan Antara UMNO Dan Pas - Zahid 

2

Politik 5 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Politik 1 minggu yang lalu

BN Pertimbang Tukar Kerusi Di NS, Tok Mat Mahu Rombakan Strategi Pilihan Raya 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gurauan ‘Tok Undang’: Pegawai MB Negeri Sembilan Tampil Mohon Maaf

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar