web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penjawat Awam Didakwa Terima Suapan RM10,000

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2026 9:08PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LABUAN - Seorang penjawat awam kanan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah di sini hari ini atas tuduhan menerima suapan berjumlah RM10,000 pada 2020.

Ismaidi Ismail, 56, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Elsie Primus.

Mengikut pertuduhan, Ismaidi yang ketika itu merupakan seorang penjawat awam di Labuan didakwa menerima suapan berbentuk wang tunai berjumlah RM10,000 daripada sebuah syarikat yang mempunyai urusan berkaitan tugas rasmi di jabatannya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Labuan pada Mei 2020 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Joe Randy Juster.

Mahkamah membenarkan lelaki itu diikat jamin RM20,000 dengan deposit RM10,000 serta seorang penjamin selain mengarahkan tertuduh melapor diri di pejabat SPRM terdekat setiap dua bulan sekali dan tidak mengganggu saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Pengurusan kes praperbicaraan ditetapkan pada 13 Mac ini di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu, Sabah untuk penyerahan dokumen. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

2

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

3

Semasa 3 minggu yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Singapura 20 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad