web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Bunuh Ibu: Suspek Berhutang Dengan Ah Long - Polis 

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2026 5:30PM

Mangsa dipercayai dibunuh menggunakan objek keras dan tajam seperti pisau dapur - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suspek yang disyaki membunuh ibu kandungnya Isnin lalu di Alor Star, Kedah didapati berhutang dengan ‘ah long’.

Siasatan awal polis mendapati, pinjaman berkenaan dibuat suspek di Pulau Pinang. 

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, suspek juga memiliki bebanan hutang, masing-masing melibatkan sewa motosikal p-hailing berjumlah RM700 dan sewa bilik yang dihuninya. 

Bagaimanapun katanya, siasatan lanjut masih diteruskan untuk mengenal pasti punca sebenar pembunuhan.

“Keputusan bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah tikaman di dada.

"Luka tikaman di paru-paru dan jantung kiri menyebabkan pendarahan dalaman yang teruk yang boleh mengakibatkan kematian dalam tempoh masa yang singkat,” katanya, seperti dilaporkan Berita Harian.

Syed Basri berkata, doktor juga mengesahkan bahawa luka tikaman dan tetakan pada tubuh si mati berpunca daripada penggunaan objek keras dan tajam seperti pisau dapur.

Terdahulu media melaporkan, Zahrullail Basir, 52, yang juga seorang eksekutif operasi di sebuah bank ditemui mati dengan tiga luka tikaman di mayatnya, dipercayai dibunuh oleh anaknya, Isnin lalu.

Susulan itu, polis menahan anak sulung Allahyarham pada jam 8.34 malam semalam ketika dia berada dalam sebuah bas, dipercayai cuba melarikan diri ke Selangor.

Pemuda berusia 29 tahun itu direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 9 Februari bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – Getaran, 4 Februari 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

4

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Singapura 1 hari yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 19 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad