web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pecah Amanah RM5 Juta, Pegawai Kanan ATM Didakwa 

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2026 12:36PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Mejar Jeneral Datuk Mohamed Fauzi Kamis didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pecah amanah wang Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) berjumlah RM5 juta kira-kira dua tahun lepas.

Mohamed Fauzi, 56, yang memakai sut lengkap berwarna biru gelap mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

"Saya faham dengan pertuduhan, saya tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan," katanya yang juga Ketua Staf Markas Angkatan Bersama.

Mohamed Fauzi didakwa sebagai Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKSPA) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan TKAT telah melakukan pecah amanah wang berjumlah RM5 juta milik TKAT, iaitu tertuduh secara tidak jujur menyalahgunakan wang itu dengan membuat pelaburan tambahan dalam syarikat Precious Amber International Berhad tanpa mendapat kelulusan Jawatankuasa Pelaburan TKAT.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kementah di sini pada 27 November 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan [Akta 574], yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan maksimum 20 tahun dengan sebatan serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How mencadangkan jaminan RM300,000 dengan seorang penjamin berserta syarat pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah dengan mengambil kira ini adalah kesalahan serius.

"Pasport tertuduh perlu diserahkan kepada mahkamah dengan alasan tertuduh masih menjawat jawatan Ketua Staf Markas Angkatan Bersama, selain ada risiko untuk melarikan diri kerana tertuduh kerap ke luar negara. Oleh itu, jaminan tersebut adalah munasabah," kata Law.

Peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar yang mewakili Mohamed Fauzi memohon supaya jaminan dikurangkan kepada RM70,000 kerana anak guamnya mempunyai tiga anak yang masih bersekolah serta masih menjawat jawatan Ketua Staf Markas Angkatan Bersama.

"Pihak pembelaan tidak membantah pasport anak guam diserahkan kepada mahkamah namun jumlah jaminan RM300,000 adalah tidak munasabah selain tertuduh akan sentiasa hadir ke mahkamah pada setiap sebutan yang ditetapkan," kata peguam itu.

Bagaimanapun, Law membantah terhadap permohonan pihak pembelaan yang memohon supaya jaminan dikurangkan kepada RM70,000.

Suzana membenarkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah hingga kes selesai.

Mahkamah turut menetapkan 16 Mac ini untuk sebutan kes. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

4

Semasa 5 hari yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad