web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kebocoran Maklumat: Bekas PTD Buat 2 Laporan Polis Terhadap Chegubard

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2026 6:24PM

Laporan polis yang dibuat Muhammad Hafizuddeain - Gambar NST

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas berhasil mengejutkan banyak pihak menerusi pendedahan mengenai kartel rasuah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), nama aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard kembali menjadi sebutan.

Ini ekoran dua laporan polis yang dibuat ke atasnya oleh bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan hari ini.

Laporan polis berkenaan dibuat susulan dakwaan pendedahan maklumat peribadi serta tuduhan tidak berasas.

Peguam Hafizuddeain, Aizul Rohan Anuar berkata, anak guamnya mendakwa Chegubard telah memuat naik hantaran berkaitan maklumat perbankan di laman Facebook pada 19 Disember tahun lalu.

Menurut beliau, aktivis Pembela Tanah Air (PETA) itu didakwa membocorkan maklumat perbankan milik Muhammad Hafizuddeain, mengandungi beberapa transaksi yang tidak diakui benar. 

“Penyebaran data tersebut adalah menyalahi undang-undang di bawah seliaan Bank Negara Malaysia (BNM).

"Beliau (Muhammad Hafizuddeain) juga mengesyaki kemungkinan wujud penglibatan pegawai BNM serta dua institusi perbankan berhubung kebocoran maklumat peribadi terbabit," katanya pada sidang media di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, hari ini.

Ketika sidang media berlangsung, Hafizuddeain difahamkan masih berada di dalam IPD Dang Wangi untuk memberi keterangan lanjut berhubung laporan yang dibuat. 

Terdahulu, beliau tiba di perkarangan IPD bersama peguamnya pada jam 12.30 tengah hari.

Aizul Rohan menambah, anak guamnya turut membuat laporan berhubung fitnah yang mendakwa beliau memiliki dan memakai jam tangan mewah berjenama Patek Philippe.

"Dakwaan itu adalah palsu dan mengelirukan kerana jam tangan berkenaan merupakan jam rasmi yang dikeluarkan oleh Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan ukiran perkataan 'Chief of Army'.

"Gambar bahagian hadapan dan belakang jam tersebut telah pun ditunjukkan sebagai bukti bagi menyangkal dakwaan yang dianggap sebagai manipulasi pihak tertentu," jelasnya.

Menurut Aizul, anak guamnya turut merancang untuk memulakan tindakan sivil terhadap Chegubard, BNM, dan dua institusi perbankan terbabit berhubung pendedahan maklumat sulit itu.

"Bagi tindakan lanjut, kami akan menunggu hasil laporan siasatan polis dan sebarang langkah seterusnya akan bergantung kepada bukti yang diperoleh. 

“Dari situ, kami akan menentukan prosedur litigasi sivil yang sewajarnya," katanya. – Getaran, 26 Januari 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Rasuah RM2.12 Juta, Bekas PTD Mengaku Tidak Bersalah

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Hafizuddeain Mohon Bersara Awal, Jawatan Panglima ATM Secara Rasmi Kosong - Khaled

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran