web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Op Layar: SPRM Beku 21 Akaun, Sita 2 Hotel Milik Pegawai Kanan TLDM

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2026 4:17PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan 21 akaun bank termasuk 14 akaun perbankan milik beberapa individu dianggar bernilai RM700,000, dipercayai terlibat dalam mengesyor dan melantik syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Menurut sumber, Bahagian Perisikan SPRM menerusi 'Op Layar' turut menyita dua hotel milik pegawai kanan terbabit yang dianggarkan bernilai RM2 juta.

Pada masa sama, SPRM turut membuat semakan ke atas beberapa syarikat dengan Jabatan Akauntan Negara bagi mengenal pasti sekiranya terdapat tender atau sebut harga oleh syarikat-syarikat berkenaan.

"SPRM juga sedang mengesan aset-aset lain yang dimiliki oleh suspek serta pemilik-pemilik syarikat yang bersekongkol dengan suspek," kata sumber itu.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM Datuk Saiful Ezral Arifin ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Beliau memaklumkan bahawa sehingga hari ini, tujuh individu yang disyaki terlibat dalam kes berkenaan telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, SPRM menahan seorang pengarah syarikat dan seorang pegawai kanan TLDM kerana disyaki terbabit rasuah bagi mengesyor dan melantik syarikat kroninya mendapatkan kerja sebut harga di tempat pegawai kanan berkenaan bertugas.

Kedua-dua suspek yang dipercayai bersubahat melakukan perbuatan itu sejak 2017 sehingga 2020, direman selama tujuh hari sehingga 29 Januari ini selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak, pada Jumaat lepas.

Siasatan awal turut mendapati suspek yang juga pegawai kanan TLDM disyaki memiliki harta melebihi jumlah emolumen yang diterima seperti pemilikan kira-kira lapan aset tidak alih terdiri daripada tiga rumah, tiga rumah kedai dan dua hotel yang didaftarkan atas nama beliau. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 22 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar