web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekas PTD Dan Isteri Didakwa Esok, Bekas PAT Didakwa Jumaat - SPRM

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2026 8:27PM

Mohd Nizam Jaafar akan didakwa Jumaat ini - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiga individu, termasuk termasuk dua pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan didakwa susulan siasatan dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sumber SPRM berkata, bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Hafizuddeain Jantan dan isterinya, Salwani Anuar masing-masing akan didakwa atas empat pertuduhan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuala Lumpur, esok.

Menurut beliau, Hafizuddeain juga berdepan dua pertuduhan tambahan di bawah seksyen dan akta yang sama di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Shah Alam pada Jumaat.

“Salwani pula akan didakwa atas satu pertuduhan tambahan di bawah seksyen dan akta yang sama di Mahkamah Sesyen Jertih, Terengganu Isnin depan,” katanya. 

Sumber mendedahkan, SPRM juga telah memperoleh keizinan untuk mendakwa bekas Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Mohd Nizam Jaafar di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuala Lumpur, Jumaat ini.

“Mohd Nizam akan didakwa atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 berhubung siasatan penyalahgunaan kuasa dan perkara melibatkan Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT). 

“Beliau juga berdepan satu pertuduhan pecah amanah jenayah di bawah Seksyen 409 serta satu pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan,” katanya.

Jelas sumber, siasatan terhadap dua lagi pegawai kanan ATM kini berada di peringkat akhir dan kertas siasatan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dalam masa terdekat bagi tindakan selanjutnya.

“SPRM menegaskan komitmen berterusan untuk memastikan semua perbuatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa ditangani secara tegas, telus dan tanpa kompromi, selaras dengan prinsip kedaulatan undang-undang,” katanya. - Getaran, 21 Januari 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

4

Semasa 5 hari yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar