web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bunuh Warga Emas: Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2026 9:13PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga emas, tujuh tahun lepas.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Azman Abdullah memerintahkan Muhammad Huzairi Razali, 41, menjalani hukuman penjara 30 tahun bagi setiap pertuduhan.

Azman yang bersidang bersama-sama Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid dan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Amarjeet Singh, turut memerintahkan Muhammad Huzairi dikenakan 24 sebatan bagi kesalahan tersebut.

Dalam penghakimannya, Azman berkata Mahkamah Tinggi tidak melakukan sebarang kekhilafan dalam menolak pembelaan Muhammad Huzairi untuk membuktikan dia berada dalam keadaan tidak waras, selain mengesahkan bahawa sabitan terhadap tertuduh adalah selamat.

Bagaimanapun, beliau berkata mahkamah membenarkan sebahagian rayuan Muhammad Huzairi berhubung hukuman, dengan mengambil kira bahawa mahkamah mempunyai kuasa untuk menggantikan hukuman mati kepada hukuman penjara.

Justeru, Azman berkata mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 30 tahun dan 12 sebatan bagi setiap pertuduhan.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara tersebut dilaksanakan secara berasingan kerana kesalahan itu melibatkan dua mangsa dan dilakukan di tempat berbeza.

Mengikut pertuduhan pertama, Muhammad Huzairi didakwa membunuh Ku Cheng Liong@ku Sot, 71, di sebuah kedai kopi di Jalan Abdullah Pekan Kasap, Segamat pada 5.50 petang, 12 Julai 2019.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa membunuh Ng Wan Hong, 67, di hadapan kedai menjual durian di Jalan Ibrahim, Pekan Buloh Kasap, pada 6.03 petang hari sama.

Pada 27 Januari 2024, Mahkamah Tinggi Muar menjatuhkan hukuman gantung selepas dia didapati bersalah membunuh dua warga emas terbabit.

Berdasarkan fakta kes, Muhammad Huzairi menyerang Ku dengan parang di sebuah kedai kopi, mengakibatkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Muhammad Huzairi kemudian beredar ke gerai menjual durian dan menikam Ng dengan parang ketika pergelutan berlaku.

Mangsa kedua pula disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Buloh Kasap akibat cedera parah.

Dalam pembelaannya, Muhammad Huzairi mendakwa tidak mengingati insiden berkenaan dan menyatakan dia mengalami masalah mental.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Rafidah Zainuddin manakala tertuduh diwakili peguam Abraham Mathew. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 20 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

4

Semasa 5 hari yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Singapura 16 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad