web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wartawan Ditahan Disyaki Bangkit Isu Berbaur Perkauman

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2026 2:08PM

M Kumar (kanan) - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang wartawan bagi membantu siasatan berhubung penularan rakaman video yang membangkitkan isu perkauman dalam satu wacana mengenai Palestin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk M. Kumar berkata suspek yang berusia 30 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian D5, kira-kira 12 tengah malam tadi.

Beliau berkata siasatan dijalankan susulan pertanyaan wartawan Free Malaysia Today (FMT) berkenaan kepada ahli politik United Kingdom, George Galloway, dalam wacana terbuka pada 12 Januari lepas itu, disyaki berbaur perkauman dan hasutan.

"Dalam sesi tersebut, wartawan berkenaan telah membuat pertanyaan mengenai isu Palestin dengan membandingkannya dengan keadaan perkauman di Malaysia.

"Setakat ini, sebanyak tiga laporan polis telah diterima berkaitan isu yang sama, sekali gus mencerminkan kegusaran orang awam terhadap insiden berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kumar berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

PDRM katanya, akan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap mana-mana individu yang dipercayai menimbulkan hasutan serta permusuhan dalam kalangan masyarakat.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya sentiasa berhemah dan bertanggungjawab dalam mengeluarkan sebarang kenyataan atau kandungan di ruang awam mahupun media sosial demi memelihara ketenteraman awam.

Semalam, wartawan berkenaan memohon maaf secara terbuka berhubung tindakannya dan amat kesal terhadap soalan itu, selain mengakui soalan berkenaan kurang relevan dengan acara dan tidak mengambil kira sensitiviti topik.

Dia memohon maaf kerana menyebut kaum Cina dan Melayu dalam soalan itu, dengan menegaskan bahawa rujukan tersebut tidak perlu dan sepatutnya dielakkan.

Kontroversi itu tercetus daripada ceramah awam berkenaan yang menampilkan ahli politik British, George Galloway, yang soalan diajukan menarik kritikan meluas di media sosial.

Sementara itu, peguam mewakili wartawan berkenaan Rajsurian Pillai berkata anak guamnya direman selama sehari dan dijangka dibebaskan pada petang ini selepas selesai memberikan keterangan.

Difahamkan wartawan berkenaan telah pun meletakkan jawatan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

3

Semasa 3 hari yang lalu

PDRM mohon Notis Merah Interpol Kesan Tamim Dahri

4

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad