web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Tikam Pelajar: Laporan Psikiatri Sahkan Remaja Lelaki Layak Dibicarakan

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2026 5:05PM

Kitsond Foong - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Mahkamah Majistret di sini hari ini diberitahu bahawa keputusan laporan psikiatri mengesahkan remaja lelaki yang didakwa membunuh pelajar perempuan berumur 16 tahun di tandas sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, layak dibicarakan.

Peguam Kitsond Foong yang mewakili remaja berusia 15 tahun itu berkata laporan daripada pakar psikiatri dari Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak mendapati anak guamnya berupaya memahami perkara yang berlaku dalam prosiding mahkamah.

"Penama (remaja lelaki) berupaya untuk dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan serta mampu membela diri.

"Mahkamah turut mengarahkan mulai hari ini, penama ditempatkan di sebuah pusat yang digambarkan sebagai penjara untuk kanak-kanak, iaitu Pusat Koreksional Puncak Alam di Selangor," kata peguam kepada media di luar mahkamah selepas prosiding tertutup di hadapan Majistret Amira Sariaty Zainal.

Kitson berkata mahkamah turut mengarahkan remaja itu, yang sebelum ini ditempatkan di Hospital Bahagia untuk menghadiri sesi kaunseling dan terapi sebulan sekali serta menetapkan 6 Februari ini untuk sebutan semula kes.

Pada 22 Oktober lepas, pelajar itu didakwa membunuh rakan sekolahnya itu di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama antara 9.20 hingga 9.35 pagi pada 14 Oktober 2025.

Tiada pengakuan direkodkan daripada remaja itu kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun, serta hendaklah dikenakan hukuman tidak melebihi 12 sebatan jika tidak dihukum gantung.

Bagaimanapun, Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001 menetapkan bahawa hukuman mati tidak boleh dijatuhkan atau direkoakan terhadap kanak-kanak berusia bawah 18 tahun yang didapati bersalah dan sebagai ganti hukuman mati, seperti yang diperuntukkan Seksyen 97 (2) akta sama, mahkamah harus memerintahkan individu itu ditahan selama mana diperkenankan Yang di-Pertuan Agong atau Raja atau Yang Dipertua Negeri.

Pada prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, manakala peguam Nur Izni Syazwani Ahmad hadir sebagai peguam pemerhati bagi pihak ibu si mati. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 2 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

4

Semasa 5 hari yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 1 hari yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad