web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Merusuh Guna Senjata, Polis Tahan 13 Individu

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2025 5:55PM

Raub Selamat - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Polis menahan 12 lelaki warga tempatan dan seorang wanita Vietnam dipercayai terlibat dalam rusuhan menggunakan senjata di sebuah restoran di Taman Mount Austin, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata, kejadian kira-kira 3 pagi berlaku apabila dua mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun diserang sekumpulan lelaki berusia antara 20 hingga 40 tahun.

Beliau berkata semua suspek ditahan dari 3 pagi hari sama sehingga 12.40 tengah malam tadi di beberapa lokasi di sekitar daerah ini.

"Mangsa diserang dengan menggunakan kerusi besi dan pisau pemotong daging menyebabkan seorang mengalami kecederaan pada kepala, lengan, betis dan calar di seluruh badan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata motif kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham berkaitan hutang peribadi.

Raub berkata polis merampas tujuh telefon bimbit, sebilah pisau dan pakaian digunakan semasa kejadian selain giat mengesan suspek lain yang turut terlibat dalam kejadian itu.

Beliau berkata tujuh suspek mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah manakala enam positif dadah jenis ketamin.

Kesemua suspek lelaki direman selama tujuh hari manakala wanita tiga hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

2

Semasa 22 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

3

Semasa 3 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

4

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Singapura 22 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar