web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hafizuddeain Direhatkan Serta-Merta, Siasat Tanpa Cetus Konflik Kepentingan - Khaled

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2025 8:27PM

Hafizuddeain Jantan - Gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Panglima Tentera Darat Malaysia, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan (gambar), telah direhatkan daripada tugas berkuat kuasa serta-merta.

Mengesahkan perkara itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, tindakan tersebut diambil bagi memudahkan proses siasatan ke atas Hafizuddeain dilakukan.

Menurut beliau, langkah pentadbiran tersebut bertujuan membolehkan pihak berkuasa berkaitan menjalankan siasatan tanpa sebarang kemungkinan konflik kepentingan.

Walaupun tidak memperincikan perkara itu, Mohamed Khaled dieprcayai merujuk kepada dakwaan melibatkan seorang pegawai kanan tentera, yang dikatakan menerima bayaran tidak sah berkaitan kontrak pertahanan.

“Kementerian menegaskan bahawa keputusan untuk merehatkan Panglima Tentera Darat adalah satu langkah prosedur bagi memastikan proses siasatan dapat dijalankan dengan lancar dan telus sehingga selesai,” katanya.

Terdahulu, sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, pihaknya telah dakwaan rasuah membabitkan perolehan ketenteraan, dengan penelitian kini tertumpu kepada kontrak pertahanan serta transaksi kewangan berkaitan projek yang diterima sepanjang tiga tahun kebelakangan ini.

Jelas sumber, siasatan yang bermula pada 23 Disember lalu memasuki fasa baharu apabila penyiasat memanggil beberapa saksi dan menganalisis rekod perbankan.

Katanya, tiga individu dipanggil pada 24 Disember lalu bagi merakam percakapan sebagai sebahagian daripada siasatan yang sedang diperluaskan. 

Dapatan awal menunjukkan sebanyak 158 projek perolehan ketenteraan bernilai melebihi RM500,000 telah diberi, selain 4,521 projek lain bernilai di bawah jumlah tersebut antara 2023 hingga 2025.

Dalam perkembangan lain, Khaled memberitahu, Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Laksamana Tan Sri Zulhelmy Ithnain, telah dilantik untuk memangku tugas sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia secara sementara, berkuat kuasa serta-merta.

Ia susulan persaraan mandatori Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar, yang mencapai umur persaraan wajib.

“Kementerian merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas khidmat bakti, kepimpinan dan sumbangan Mohd Nizam sepanjang tempoh beliau menerajui Angkatan Tentera Malaysia.

“Kementerian mengucapkan selamat bersara, dengan harapan urusan persaraannya berjalan lancar,” katanta. - Getaran, 27 Disember 2025

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Bekas PTD Didakwa Terima RM145,000 Hasil Aktiviti Haram

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad