web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SPRM Perluas Siasatan Dakwaan Rasuah Perolehan Ketenteraan

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2025 8:31PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperluaskan siasatan terhadap dakwaan rasuah membabitkan perolehan ketenteraan, dengan penelitian kini tertumpu kepada kontrak pertahanan serta transaksi kewangan berkaitan projek yang diterima sepanjang tiga tahun kebelakangan ini.

Siasatan yang bermula pada 23 Disember lalu memasuki fasa baharu apabila penyiasat memanggil beberapa saksi dan menganalisis rekod perbankan, susulan dakwaan seorang pegawai kanan angkatan tentera menerima bayaran tidak sah berkaitan kontrak pertahanan.

Menurut sumber, tiga individu dipanggil semalam bagi merakam percakapan sebagai sebahagian daripada siasatan yang sedang diperluaskan. 

Dapatan awal menunjukkan sebanyak 158 projek perolehan ketenteraan bernilai melebihi RM500,000 telah diberi, selain 4,521 projek lain bernilai di bawah jumlah tersebut antara 2023 hingga 2025.

“Semakan awal mendapati beberapa syarikat berulang kali memperoleh kontrak bernilai tinggi, sekali gus menimbulkan syak wasangka,” kata sumber tersebut.

Siasatan juga dipergiatkan selepas SPRM menerima aduan dan merakam keterangan Ketua BERSATU Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, yang hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya. 

Badrul Hisham mendakwa terdapat aliran tunai luar biasa dalam akaun bank seorang pegawai kanan angkatan tentera serta ahli keluarganya, yang dipercayai berpunca daripada syarikat-syarikat yang diberikan projek perolehan ketenteraan.

Merujuk kepada dokumen audit forensik yang didakwa diterima secara tanpa nama, beliau mendakwa pegawai berkenaan menerima antara RM50,000 hingga RM60,000 setiap bulan, selain pindahan tambahan mencecah ratusan ribu ringgit ke akaun yang dikaitkan dengan pegawai tersebut. 

Susulan dakwaan itu, pegawai SPRM dilaporkan mengunjungi Kementerian Pertahanan awal minggu ini bagi mendapatkan dokumen perolehan untuk semakan awal. 

Tumpuan siasatan adalah terhadap projek yang dianugerahkan mulai 2023, khususnya melalui tender terbuka dan perolehan yang diuruskan di bawah pusat tanggungjawab ketenteraan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 berkaitan kesalahan rasuah. 

Tegasnya, siasatan dijalankan secara bebas dan profesional, berlandaskan bukti serta fakta yang diperoleh.

“Buat masa ini, kami melihat beberapa transaksi melibatkan kemasukan wang ke dalam akaun seorang pegawai kanan angkatan tentera. 

“Transaksi ini sedang diteliti sebelum tindakan lanjut diambil untuk memanggil saksi,” katanya, seperti dilaporkan Astro Awani.

Azam berkata, beberapa saksi dijangka dipanggil dalam masa terdekat, berkemungkinan seawal esok, bagi memberi penjelasan berhubung transaksi kewangan yang dikenal pasti melalui rekod bank. 

Beliau turut memaklumkan bahawa SPRM mengambil langkah proaktif dengan mendapatkan secara rawak dokumen perolehan pertahanan bagi tempoh 2023 hingga 2025, dengan analisis kewangan sedang dijalankan.

Katanya lagi, analisis tersebut dijangka selesai dalam tempoh dua hingga tiga hari, tertakluk kepada ketersediaan dokumen mahkamah yang diperlukan bagi melengkapkan siasatan. - Getaran, 25 Disember 2025

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar