web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cucu OKU Mengamuk, Tetak Nenek Dan Moyang

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2025 4:11PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BALING - Seorang wanita warga emas berusia 65 tahun maut, manakala ibunya berusia 80 tahun cedera akibat diserang dan ditetak cucu lelaki yang mengamuk dalam kejadian di Kampung Baru Bakai, Malau dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Brandon Anak Richard Joe berkata Pejabat Pertanyaan Balai Polis Malau menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian itu pada 7 malam semalam.

"Suspek yang merupakan lelaki berusia 21 tahun itu dibawa ke balai polis oleh orang awam dan polis bertindak menahan suspek pada 7.50 malam bagi membantu siasatan selepas menerima laporan.

"Siasatan mendapati suspek tiada rekod kesalahan lampau dan telah mengaku menikam nenek serta moyangnya di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata siasatan mendapati lokasi kejadian merupakan sebuah rumah batu setingkat yang dihuni kedua-dua mangsa bersama seorang lagi anak kepada mangsa yang maut.

"Ketika kejadian hanya mereka berdua ada di rumah. Suspek yang merupakan orang kurang upaya (OKU) intelektual itu disyaki mengamuk dan menyerang mangsa menggunakan senjata tajam.

"Mangsa yang meninggal dunia (nenek) telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera (moyang) dihantar ke Hospital Kulim untuk rawatan," katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Suspek dibawa ke Mahkamah Seksyen Baling hari ini bagi permohonan tahanan di bawah Seksyen 117 Akta Prosedur Jenayah, untuk tindakan lanjut.

"Polis turut menemui senjata yang digunakan dan?masih menjalankan siasatan lanjut," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

4

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad