web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jaminan Polis Terhadap Namawee Disambung Hingga 11 Januari

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2025 5:42PM

Namawee - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jaminan polis terhadap penyanyi rap Wee Meng Chee atau Namewee disambung selama sebulan bermula dari Khamis lepas hingga 11 Januari tahun depan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata lanjutan jaminan itu dibuat memandangkan polis masih menunggu laporan toksikologi dan bedah siasat berhubung kematian pempengaruh wanita warga Taiwan, Hsieh Yun Hsin, 33, yang dijangka mengambil masa kira-kira tiga bulan.

"Kita masih menunggu laporan toksikologi dan keputusan Jabatan Kimia, justeru jaminan (Namewee) disambung sementara siasatan diteruskan," katanya pada sidang media selepas Majlis Peluncuran Taman Angkat Amanita 2025 di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Alam Fasa 2, di sini hari ini.

Namewee direman dari 5 hingga 13 November lepas sebelum dilepaskan dengan jaminan polis hingga 10 Disember bagi menunggu laporan bedah siasat mangsa.

Hsieh ditemukan mati di dalam tab mandi di bilik air sebuah hotel di Jalan Conlay, di sini pada 22 Oktober dan mayatnya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Kes itu yang pada awalnya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mengulas tentang Taman Angkat Amanita, Fadil berkata kawasan itu bukan sahaja berfungsi sebagai ruang rekreasi, tetapi juga menjadi platform jalinan mesra antara polis dengan masyarakat serta simbol kerjasama strategik dalam memperkukuh konsep kepolisan komuniti sebagai teras pencegahan jenayah secara holistik.

Beliau berkata sebuah kabin Amanita turut ditempatkan di kawasan berkenaan sebagai pit stop Amanita PDRM untuk mendekatkan masyarakat dengan polis serta membina kepercayaan dan persefahaman yang lebih kukuh.

Dalam perkembangan berasingan, Fadil meminta kerjasama orang ramai supaya menyalurkan maklumat berhubung penemuan janin bayi di dalam sebuah lori sampah di kawasan Bukit Jalil, Cheras, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan sebelum ini mengesahkan penemuan janin lelaki berusia kira-kira 25 minggu dengan anggaran panjang 35 sentimeter, yang mengalami kecederaan pada bahagian perut selain tengkorak kepala pecah serta tali pusat terputus, dan kes disiasat mengikut Seksyen 315 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran