web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agong Kurnia Kebenaran Guna 2 'Airboat’ Milik Peribadi Bantu Mangsa Banjir

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2025 4:42PM

Dua ‘air boat’ milik peribadi Yang di-Pertuan Agong - Gambar Facebook Sultan Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang diPertuan Agong Sultan Ibrahim berkenaan mengurniakan kebenaran kepada Kerajaan Persekutuan untuk menggunakan dua 'airboat' berkuasa tinggi milik Seri Paduka Baginda sebagai aset operasi menyelamat mangsa banjir.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda menzahirkan perkenan itu berikutan keadaan cuaca tidak menentu ketika ini, selain sebagai persediaan agensi keselamatan dalam melaksanakan misi menyelamat jika berlaku gelombang kedua banjir.

"Kedua-dua airboat berkenaan kini ditempatkan di Istana Negara dan dijangka dapat meningkatkan kecekapan operasi serta mempercepatkan penghantaran bantuan kecemasan," menurut hantaran berkenaan.

Pada Mac 2023, tiga unit 'airboat' milik Seri Paduka Baginda digerakkan bagi operasi menyelamat, memindahkan serta membantu mangsa banjir di Johor.

Aset berkenaan turut digunakan untuk menghantar bekalan makanan ke penempatan Orang Asli di kawasan Kluang yang terputus hubungan akibat bencana ketika itu.

Setakat pagi ini, empat negeri masih dilanda banjir iaitu Perak melibatkan 2,690 orang, Selangor (699) orang, Perlis (207) orang dan Pahang (28) orang.

Dalam hantaran berasingan, Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memaklumkan Seri Paduka Baginda berkenan menerima taklimat mengenai perkembangan semasa Gerup Gerak Khas (GGK) oleh Panglima 21 GGK, Mejar Jeneral Datuk Ahmad Shuhaimi Mat Wajab, di Johor Bahru hari ini.

Menurut hantaran itu, Seri Paduka Baginda yang juga Kolonel Komandan GGK dipersembahkan taklimat mengenai Rancangan Perolehan (RP2) di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).

Turut dibentangkan ialah maklumat mengenai sambutan Jubli Intan Hari Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas (Fasa Kedua) di Melaka serta perkembangan terkini projek pembinaan kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing, menurut hantaran berkenaan. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad