web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zara Qairina Adu Gangguan Seksual Seawal Sebulan Bersekolah - Guru Disiplin

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2025 5:30PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu bahawa Zara Qairina Mahathir pernah membuat aduan berkaitan gangguan seksual yang didakwa berlaku ketika pelajar Tingkatan Satu itu tidur di bilik asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha di Papar.

Penolong Ketua Guru Disiplin Nurul Syahadah Ibrahim, 38, berkata unit disiplin menerima aduan itu pada 14 Mac iaitu sebulan selepas pelajar tersebut mendaftar di sekolah berkenaan.

"Ya, Zara Qairina pernah membuat aduan mengenai gangguan seksual yang didakwa dilakukan oleh seorang pelajar Tingkatan Dua ketika dia sedang tidur...Zara Qairina mendakwa pelajar itu menghidu bahagian sulitnya...bagaimanapun, hasil siasatan mendapati pelajar itu hanya menghidu selimut yang dipakai Zara Qairina sebelum membawanya untuk dicuci.

"Selepas mengambil keterangan bertulis serta menemu bual setiap pelajar terlibat, unit disiplin mendapati insiden itu berpunca daripada salah faham, dan pelajar berkenaan tidak berniat selain bergurau...saya sendiri meminta pelajar itu membuat demonstrasi bagaimana dia menghidu selimut tersebut," katanya.

Saksi ke-54 itu berkata demikian ketika disoal peguam Datuk Ram Singh, yang mewakili seorang daripada lima remaja iaitu tertuduh dalam kes buli membabitkan arwah, pada prosiding inkues di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Ketika ditanya Ram Singh sama ada beliau mempercayai demonstrasi yang dibuat oleh pelajar Tingkatan Dua berkenaan, Nurul Syahadah menjawab: "Ya, benar."

Ditanya sama ada beliau tidak mempercayai aduan Zara Qairina, saksi itu berkata unit disiplin memerlukan keterangan tambahan kerana ketika kejadian, pelajar Tingkatan Satu berkenaan didakwa sedang tidur.

"Kami memerlukan keterangan rakan sebiliknya, iaitu pelajar A dan pelajar Tingkatan Dua itu. Ketika itu, pelajar A sedang melipat baju," katanya.

Berhubung dakwaan bahawa seorang senior dikenali sebagai "Kak M" pernah mengeluarkan kata-kata "kalau aku touch-touch kau ini, berdarah kau ni", saksi berkata pelajar itu bukan seorang gengster.

Sebaliknya, beliau berkata insiden itu berlaku selepas Zara Qairina dan pelajar A didakwa melakukan "kecam badan" terhadap adik Kak M dengan memanggilnya "chipsmore" kerana remaja tersebut mempunyai tahi lalat di bahagian mulut.

Nurul Syahadah turut mengesahkan bahawa kumpulan "Circle 19" masih wujud di sekolah itu kerana ahlinya bersekolah di situ namun mereka dilarang untuk "berpuak-puak".

Beliau juga bersetuju bahawa kumpulan itu menggunakan perkataan yang tidak senonoh terhadap pelajar lain.

Bagaimanapun, saksi itu berkata beliau tidak pasti sama ada laporan polis perlu dibuat mengenai perkara tersebut.

Pada peringkat ini, Ram Singh yang kelihatan kecewa, berkata beliau akan membuat laporan polis mengenai "Circle 19" bagi mengelakkan berlaku satu lagi kematian di sekolah berkenaan.

Beliau kemudian membuat laporan di Balai Polis Luyang dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap kumpulan itu serta sekolah berkenaan.

Zara Qairina disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth di sini pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada 4 pagi 16 Julai. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

2

Semasa 20 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

3

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar