web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Video Lelaki Gelandangan Disimbah Air Tular, AmBank Buat Permohonan Maaf

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2025 7:25PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - AmBank hari ini memohon maaf susulan penularan sebuah video memaparkan seorang lelaki dipercayai gelandangan yang disimbah air dan ditendang di luar cawangannya di Taman Maluri.

Video tersebut tular di media sosial dan mencetuskan kecaman meluas terhadap tindakan yang disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan.

Dalam kenyataan hari ini, pihak bank berkata mereka amat bimbang dan sedih dengan kejadian itu, sambil menegaskan bahawa tiada sesiapa pun wajar dilayan sedemikian rupa.

Terdahulu, netizen meluahkan rasa marah dan kecewa selepas rakaman berkenaan tular di media sosial.

Video tersebut jelas memaparkan tindakan dua individu termasuk seorang pengawal keselamatan wanita mengejar seorang gelandangan yang sedang tidur di laluan pejalan kaki.

Pengawal terlibat kelihatan menyimbah air ke arah lelaki itu, sebelum seorang lelaki lain dipercayai tukang kasut di kawasan terbabit turut tampil. 

Dalam rakaman berkenaan, dia dilihat menendang mangsa sebelum turut menyimbah air ke arahnya.

Lelaki gelandangan itu kemudian bangun dan berlalu pergi tanpa berkata apa-apa.

Menurut AmBank, pengawal keselamatan berkenaan merupakan pekerja syarikat perkhidmatan keselamatan luar yang dilantik oleh bank, manakala lelaki kedua dipercayai tukang kasut yang berang dengan mangsa.

“Walau apa pun, kami mengharapkan semua individu yang mewakili bank ini, termasuk vendor dan rakan kerjasama, mengekalkan tahap profesionalisme yang tertinggi,” menurut kenyataan itu lagi. 

AmBank turut memaklumkan bahawa siasatan dalaman sedang dijalankan dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pihak terlibat. - Getaran, 25 November 2025

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

RM2.23 Bilion Dimasukkan Ke Akaun Najib Oleh Syarikat Berkaitan Jho Low, Putra Faisal - Saksi

2

Semasa 4 tahun yang lalu

Pegawai Bank Sahkan Lebih RM45 Juta Dipindahkan Ke Akaun Peribadi Najib

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 18 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar