web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hentak Bayi OKU Hingga Maut, Mahkamah Kekal Hukuman Mati Terhadap Bapa

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2025 4:33PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman mati terhadap seorang bapa yang didapati bersalah membunuh bayi lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) berusia dua bulan dengan menghentak tubuh mangsa.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Azizah Nawawi bersama-sama Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Rhodzariah Bujang dan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Azimah Omar, sebulat suara memutuskan tiada kesilapan oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan dalam menilai keseluruhan bukti perbicaraan.

Hakim Azizah berkata keterangan saksi utama termasuk isteri perayu serta bukti perubatan oleh pakar patologi adalah konsisten dan menyokong dapatan bahawa Vincent Marcos, 39, menyebabkan kecederaan maut terhadap mangsa.

Menurut fakta kes, kejadian berlaku pada 28 April 2016 dan Vincent menggenggam kaki bayi tersebut sebelum mengangkat dan menghentakkan tubuh mangsa ke permukaan sofa selepas menuduh isterinya curang.

Mangsa tidak bergerak selepas hentakan itu, namun perayu gagal mendapatkan rawatan segera walaupun diminta oleh isterinya, dengan bayi tersebut hanya dibawa ke hospital keesokan pagi dalam keadaan sudah meninggal dunia dan terdapat kesan gigitan semut.

Hasil bedah siasat yang dikemukakan di mahkamah memaklumkan bayi itu mengalami kecederaan kepala teruk termasuk pendarahan subdural, edema otak serta kontusi yang konsisten dengan hentakan kuat pada permukaan tumpul.

Pemeriksaan turut menemui beberapa kecederaan lama pada tulang rusuk, klavikel dan femur, yang menurut pakar berlaku dalam tempoh beberapa minggu sebelum kematian dan selari dengan penderaan berulang.

Mahkamah Tinggi Bintulu pada 2 Ogos 2018 mensabitkan Vincent atas pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Mahkamah Rayuan pada 26 April 2022, mengekalkan keputusan tersebut.

Mahkamah Rayuan memaklumkan tindakan perayu menghentak bayi berusia dua bulan dengan kekerasan merupakan perbuatan yang dalam kebiasaan menyebabkan kecederaan serius atau kematian, sekali gus memenuhi elemen niat atau pengetahuan di bawah seksyen berkenaan.

Pada prosiding hari ini, peguam lantikan mahkamah Louis Jarau yang mewakili perayu, memberitahu pihaknya telah menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara bagi pengecualian hukuman mati sejajar Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846).

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fuad Abdul Aziz berhujah bahawa berdasarkan fakta dan keseluruhan keadaan kes, hukuman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan adalah paling wajar.

Beliau turut menegaskan bahawa perayu tidak menunjukkan rasa belas kasihan terhadap seorang bayi yang tidak berdaya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 20 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

4

Semasa 5 hari yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad