web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahkamah Benarkan Muhyiddin Dapat Sementara Pasport Ke UK

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2025 5:28PM

Muhyiddin Yassin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara bagi membolehkan beliau menjalani pemeriksaan kesihatan penyakit kanser pankreas yang dialami serta meluangkan masa bersama keluarga di United Kingdom (UK).

Hakim Noor Ruwena Md Nurdin membenarkan permohonan Muhyiddin, 78, untuk mendapatkan pasport sementara bermula 8 Disember 2025 hingga 5 Januari 2026.

"Permohonan ini dibenarkan dengan syarat tempoh pemulangan pasport sementara dipendekkan, pasport akan dipulangkan sementara kepada peguam pemohon (Muhyiddin) pada 8 Disember 2025 dan bukan pada hari ini, manakala pasport dikembalikan semula kepada mahkamah pada atau sebelum 5 Januari 2026.

"Berdasarkan afidivit sokongan, saya tidak melihat justifikasi untuk transit ke Dubai selama lima hingga enam hari sebelum kembali ke Malaysia. Pemohon boleh transit di Dubai selama satu ke dua hari. Pemohon telah menempah tiket sebelum kebenaran diperoleh daripada mahkamah, maka pemohon telah mengambil risiko dan tindakan ini akan membuka flood gate (permohonan yang sama)," katanya.

Sebelum ini, mahkamah telah beberapa kali membenarkan permohonan Muhyiddin untuk mendapatkan pasportnya secara sementara, antaranya bagi menghadiri majlis graduasi cucu dan konsultasi berhubung penyakit kanser pankreas yang dihadapinya di London, pemeriksaan perubatan di Singapura dan menghadiri majlis pembukaan restoran rakannya di Thailand.

Terdahulu, peguam Datuk Amer Hamzah Arshad yang mewakili Muhyiddin memaklumkan kepada mahkamah anak guamnya memohon untuk mendapatkan pasport bermula hari ini sehingga 12 Januari 2026 untuk menjalani pemeriksaan kesihatan susulan tahunan berhubung penyakit kanser pankreas di UK.

"Selain menjalani pemeriksaan kesihatan dan mendapatkan pandangan perubatan di UK, anak guam saya juga berhasrat untuk meluangkan masa bersama keluarganya.

"Beliau mempunyai tiga orang cucu yang kini menetap di UK dan selepas urusan perubatan selesai beliau juga berharap dapat menghabiskan sedikit masa bersama isteri dan keluarganya di Madrid," katanya, sambil menambah tiada risiko untuk anak guamnya melarikan diri.

Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Mahadi Abdul Jumaat berkata pihak pendakwaan tidak membantah permohonan Muhyiddin untuk mendapatkan rawatan susulan di UK, sebaliknya membantah permohonan Muhyiddin untuk meluangkan masa dengan isteri dan keluarganya di Madrid kerana ia akan membuka flood gate untuk permohonan sedemikian.

"Sekiranya, mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwaan agar permohonan itu hanya setakat 20 Disember 2025," katanya, yang mengendalikan kes bersama TPR Noralis Mat dan Wan Iman Wan Ahmad Atzal.

Muhyiddin, 78, yang ketika kejadian memegang jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) didakwa atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan bellau untuk memperoleh suapan berjumlah RM232.5 juta berkaitan Projek Jana Wibawa daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff bagi parti berkenaan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.

Beliau juga berdepan tiga pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM200 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke akaun Ambank dan CIMB Bank milik BERSATU di cawangan bank berkenaan di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur antara Februari 2021 dan Julai 2022. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

4

Semasa 4 hari yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran