web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Amang Seksual 2 Remaja, Guru Silat Mengaku Tidak Bersalah

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2025 4:36PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Seorang guru silat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual dan persetubuhan luar tabii terhadap dua remaja perempuan yang juga anak muridnya.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua yang dibacakan di hadapan Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin, Yusoh Omar, 44, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di sebuah rumah di Taman Telok Mas sekitar 2 petang pada 13 September lepas.

Bagi pertuduhan ketiga yang didengar di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah di mahkamah berasingan, tertuduh turut didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang lagi remaja perempuan berusia 14 tahun di lokasi sama pada kira-kira 8 pagi, 8 Oktober lepas.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (AKSTK) dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang masing-masing memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun serta sebatan dan penjara antara lima hingga 20 tahun serta sebatan.

Bagi dua pertuduhan pertama, Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Ehsan Nasarudin mencadangkan jaminan RM20,000 bagi setiap pertuduhan manakala bagi pertuduhan ketiga, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fikri Hakim Zamri mencadangkan jaminan RM30,000.

Pihak pendakwaan turut mencadangkan syarat tambahan termasuk larangan mendekati atau menganggu mangsa dan saksi, pasport diserahkan kepada mahkamah serta arahan melapor diri setiap dua minggu di balai polis berhampiran.

Peguam Nigel Tai yang mewakili tertuduh merayu jaminan rendah atas alasan anak guamnya tiada pendapatan tetap, perlu menjaga ibunya yang uzur serta mengidap penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan keseluruhan RM24,000 dan membenarkan semua syarat tambahan yang dipohon pendakwaan, serta menetapkan 15 Disember dan 23 Disember ini sebagai tarikh serahan dokumen. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 20 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

4

Semasa 5 hari yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran