web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ilmu Perlu Berpaut Kepada Kehidupan Dan Realiti Semasa - PM

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2025 7:15PM

Gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ilmu tidak hanya dibaca dan dihafal, tetapi perlu berpaut pada kehidupan, realiti semasa dan pengalaman bermasyarakat. 

Menegaskan perkara ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisitif Komuniversiti Kolaboratif antara Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dan YAPEIM yang dilancarkan di Cherok To’kun, Pulau Pinang hari ini merupakan satu ikhtiar dalam mendekatkan golongan mahasiswa dengan denyut nadi rakyat. 

Menurut beliau, kerajaan mengambil pendekatan untuk memberi kuasa serta keyakinan kepada rakyat dalam menentukan keperluan mereka sendiri. 

“Kampung-kampung memutuskan projek ekonomi yang hendak dilaksanakan, manakala syarikat serta konglomerat mengambil sekolah sebagai Sekolah Angkat.

“Semua pihak ini bergerak sederap memaknai objektif tanpa retorik dan tanpa pembaziran,” katanya. 

Jelas Perdana Menteri, aspek sama diterapkan dalam hal ehwal hubungan antarabangsa, yang menyaksikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara merdeka, berdaulat dan bermaruah. 

“Kita berunding dan berkawan dengan semua, tetapi keputusan tetap dipandu kepentingan negara dan rakyat secara keseluruhan. 

“Insya-Allah, saya akan pastikan usaha ini menjadi wahana ilmu yang membumi, menyemai budi, dan menyemarak kemajuan bangsa,” katanya.

Gambar PMO
Gambar PMO

Terdahulu sewaktu merasmikan majlis pecah tanah projek penyuraian trafik antara Plaza Tol Juru dan Plaza Tol Sungai Dua (PTJSD) di Tapak Ekspo Seberang Jaya, Bukit Mertajam hari ini, beliay berkata, pendirian itu membolehkan Malaysia mengekalkan hubungan dagangan dan pelaburan dengan semua negara, termasuk Amerika Syarikat (AS), China, Brazil dan Afrika Selatan, demi manfaat ekonomi serta kesejahteraan rakyat.

“Ya, kita mempunyai hubungan baik dengan Amerika Syarikat. Contohnya pada hari Ahad itu (semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur), kita menandatangani perjanjian dagangan dengan AS (Perjanjian Dagangan Timbal Balas – ART), mengadakan perbincangan dengan Presiden Donald Trump, dan terus dikritik seolah-olah kita tunduk kepada AS.

“Saya juga menjemput Presiden Afrika Selatan, Matamela Cyril Ramaphosa, yang mempengerusikan G20. Trump mengumumkan larangan terhadap semua wakil AS daripada menghadiri G20, tetapi saya akan hadir kerana Malaysia ialah negara bebas, berdaulat dan merdeka. Jika kita tunduk kepada arahan Amerika, saya tidak akan pergi,” katanya.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Chow Kon Yeow, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Sumber Manusia Steven Sim dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata, perjanjian ART tidak menghalang kerjasama Malaysia dengan negara lain termasuk dalam sektor nadir bumi.

“Ada yang kata pelaburan nadir bumi hanya dengan Amerika Syarikat, itu sama sekali tidak benar. Di Pahang, operasi nadir bumi Lynas melibatkan pelaburan dari Australia, dan satu lagi pelaburan baharu bernilai RM600 juta telah masuk melalui JS Link.

“Di Perak pula, pelaburan nadir bumi dijalankan bersama China. Tiada sebarang sekatan, jadi apabila kita meneliti perjanjian itu, kita juga menilai pengecualian serta peluang yang ada,” katanya.

Tegas beliau, pendekatan pragmatik ini penting bagi memastikan Malaysia terus menarik pelaburan dalam sektor berimpak tinggi.

“Ia termasuk semikonduktor dan tenaga hijau, sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi negara,” katanya. - Getaran, 8 November 2025

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 2 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad