web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


3 Lelaki Menyamar Polis Lakukan Pemerasan Dan Rompak Ditahan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2021 7:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KEPALA BATAS - Polis menahan tiga lelaki yang menyamar sebagai anggota polis untuk melakukan pemerasan dan rompakan dalam serbuan di sebuah rumah di Bandar Putra Bertam, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara SPU ACP Noorzainy Mohd Noor berkata tiga lelaki berusia 28 hingga 32 tahun itu ditahan selepas pihaknya menerima laporan berhubung kejadian rompakan di sebuah rumah di Bandar Putra Bertam pada jam 6.20 pagi kelmarin.

“Dalam kejadian itu, seorang lelaki mahu mengambil rakannya di hadapan sebuah rumah di Bertam yang didiami oleh enam individu iaitu dua lelaki dan empat wanita yang kesemuanya merupakan bersaudara sebelum tiga suspek menaiki sebuah kereta jenis Perodua Bezza berwarna biru datang memperkenalkan diri sebagai polis.

“Suspek menyuruh mereka masuk ke dalam rumah dan mengarahkan penghuni-penghuni lain masuk ke dalam satu bilik di tingkat atas sebelum mereka merompak semua telefon bimbit mangsa serta barangan berharga dan melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya susulan penahanan tiga lelaki itu pada jam 5.30 petang kelmarin, polis merampas plastik tertera logo dan tulisan PDRM, sejumlah telefon bimbit serta kereta Perodua Bezza dan siasatan mendapati mereka yang positif dadah dipercayai terbabit dalam kegiatan tersebut sejak beberapa bulan lepas.

Noorzainya berkata siasatan turut mendapati suspek berusia 34 tahun memiliki 15 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah, manakala dua suspek berusia 28 tahun miliki enam dan empat rekod serta semua mereka kini direman lima hari bagi membantu siasatan.

“Orang ramai yang pernah menjadi mangsa geng itu diminta tampil membuat laporan polis kerana siasatan kami mendapati  mereka sering memperdaya mangsa kononnya untuk membuat tangkapan khalwat dengan menyasarkan rumah yang didiami individu bujang,” katanya.

Sementara itu, di GEORGE TOWN, polis menahan seorang ahli perniagaan berusia 57 tahun yang memandu dalam keadaan mabuk sehingga melanggar kon keselamatan di sekatan jalan raja (SJR) Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu pada jam 8.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata lelaki itu memandu kenderaan mewah Toyota Vellfire secara berbahaya dan direman dua hari untuk siasatan lanjut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Lelaki Menyamar Polis Minta Rasuah RM300 Dicekup

2

Semasa 2 tahun yang lalu

2 Pasang Suami Isteri Mengaku Tidak Bersalah Simpan Harta Rompak Milik Kieda Crepe

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Selamba Macam Tu Saja Dia Rompak 7-Eleven!

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tahan Suami Isteri Disyaki Dera 2 Kanak-Kanak Lelaki

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad