web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jabatan Hidupan Liar Sabah Fokus Pengurusan Buaya Di Kawasan Berisiko

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2025 5:25PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) merancang untuk memberi tumpuan kepada konsultasi, latihan dan penyediaan peralatan sesuai bagi pengurusan buaya di kawasan berpenduduk padat dan berisiko tinggi.

Pengarah JHL Sabah Mohd Soffian Abu Bakar berkata, pihaknya juga memberi kebenaran kepada agensi penguatkuasaan yang mempunyai lesen senjata api untuk melaksanakan pengurangan populasi buaya di lokasi terpilih, mengikut keperluan dan tahap ancaman di setiap daerah.

"Selain pengeluaran lesen memburu, beberapa langkah lain turut dirancang dan akan dilaksanakan. Antaranya termasuk melaksanakan program kesedaran awam mengenai langkah keselamatan dan cara mengelak daripada menjadi mangsa serangan buaya.

"Kami juga akan melatih komuniti setempat di kawasan berisiko tinggi untuk melaksanakan aktiviti mitigasi buaya termasuk kaedah pemantauan secara berkesan," katanya kepada Bernama.

Mohd Soffian berkata JHL Sabah sentiasa mengambil maklum kebimbangan masyarakat berhubung kekerapan kemunculan reptilia itu di kawasan penduduk dengan langkah yang telah digariskan akan membantu mengatasi konflik antara manusia dan hidupan liar.

Beliau berkata JHL membuka lesen memburu buaya sepanjang tahun, namun hanya 25 lesen memburu komersial dikeluarkan dalam tempoh setahun.

"Langkah ini sejajar dengan usaha JHL memastikan pemburuan dan penternakan dijalankan secara terkawal dan berteraskan prinsip pemuliharaan serta penggunaan lestari sumber hidupan liar di Sabah," katanya.

Mohd Soffian berkata sambutan orang ramai untuk memohon lesen memburu komersial buaya juga rendah kerana permintaan dalam negeri terhadap hasil buaya yang kurang menggalakkan.

Aktiviti pemburuan buaya di Sabah dibenarkan di bawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 dan sejak itu, JHL Sabah melaksanakan kawalan ketat terhadap pengeluaran lesen memburu serta permit penternakan buaya.

Kawalan ketat ini dibuat kerana ketika itu buaya tembaga masih tersenarai dalam Appendix 1, Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Fauna dan Flora Liar yang Terancam (CITES).

Di bawah CITES, perdagangan antarabangsa buaya masih tidak dibenarkan kecuali dari ladang penternakan buaya yang berdattar dengan Sekretariat CITES.

Mohd Soffian berkata rekod terkini populasi buaya di Sabah yang dibuat melalui penyelidikan bagi tujuan penemuan tidak memudaratkan (NDF) yang dilaksanakan antara 2020 hingga 2023 menganggarkan reptilia itu berjumlah kira-kira 2,500 ekor sahaja.

Beliau berkata kajian itu melibatkan 10 batang sungai utama di Sabah, iaitu Sungai Kinabatangan dan Sungai Paitan di Sandakan, Sungai Padas dan Sungai Klias (Beaufort), Sungai Silabukan dan Sungai Segama (Lahad Datu), Sungai Bengkoka (Pitas), Sungai Labuk (Beluran), Sungai Serudong (Tawau) dan Sungai Kalumpang di Semporna.

Menurut beliau, kes serangan buaya terhadap manusia di Sabah pada tahun ini mencatatkan sebanyak 11 kematian dan dua kecederaan.

Pada 15 Julai lepas, seorang lelaki maut dipercayai menjadi mangsa serangan buaya di Sungai Taman Kenari, Sandakan.

Lokasi kejadian dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi kerana pernah berlaku beberapa kes serangan buaya sebelum ini, termasuk insiden terakhir pada September 2022 apabila hanya kepala seorang lelaki ditemukan selepas dipercayai dibaham buaya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 19 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

2

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

3

Semasa 3 minggu yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad