web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rundingan ASEAN Bantu Kurangkan Kes Serangan Di Myanmar - PM 

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2025 8:11PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Campur tangan ASEAN bagi mencari penyelesaian melibatkan krisis di Myanmar, termasuk melalui beberapa siri pertemuan dan rundingan bersama beberapa pemimpin negara berkenaan setakat ini telah berjaya mengurangkan insiden serangan di beberapa wilayah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi ASEAN menyifatkan situasi di Myanmar kini adalah lebih baik berbanding sebelum ini, biarpun mengakui masih berlaku beberapa peristiwa serangan.

"Ada satu dua peristiwa, tetapi tidak seperti mana didengari dua tiga tahun yang lepas apabila kampung dihancurkan, pembunuhan berlaku bahkan pelarian ratusan ribu, kini tidak, ya masih berlaku dan kita kesalkan, tetapi ia jauh lebih berkurang, lebih tenang daripada biasa," kata beliau.

Anwar berkata demikian pada sidang media selepas majlis penutup Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini, yang turut dihadiri Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan serta Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Perdana Menteri berkata perkembangan positif itu berjaya dicapai hasil usaha sedaya upaya ASEAN untuk membawa keamanan di Myanmar.

"Ada yang bertanya tentang penyelesaian Myanmar, kita tidak berganjak keputusan tentang (pelaksanaan) Konsensus Lima Perkara (5PC).

"Kemudian kita bincang, kita akui kerana saya bertemu dengan Min Aung Hlaing ketika itu sebagai Senior Jeneral dan Perdana Menteri sebanyak dua kali di Bangkok dan Beijing, selain pertemuan Menteri Luar dengan beberapa rakan sejawat serta pemimpin-pemimpin Myanmar," kata beliau.

Anwar berkata perkara berkenaan menunjukan bahawa ASEAN bersedia untuk mengadakan hubungan baik dengan Myanmar.

"Faedahnya, sejak setahun lepas, setelah kita (ASEAN) campur tangan, runding dengan mereka dan mereka hentikan serangan, dan kita akan terus sedaya upaya bawa kebaikan dan perubahan, hentikan serangan, dan apa upaya kita yang pertama? Hentikan serangan baik kepada Buddhi Karen atau Muslim Rakhine.

"Walaupun pencapaian kita ini tidak sepenuhnya, namun permulaannya ia kejayaan sangat besar dan sekarang kita kena teruskan, masih banyak perlu dibuat, biarpun agak rumit dan sukar, kerana kita tidak boleh terima serangan dan pembunuhan berlaku," kata beliau.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang bermula di ibu negara Ahad lepas, melabuhkan tirainya hari ini dengan Malaysia secara rasmi menyerahkan Kepengerusian ASEAN kepada Filipina. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar