web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selangor Sedia Bawa Pulang Pelajar Terkandas Di Indonesia - MB

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2025 4:49PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor bersedia membawa pulang kesemua pelajar sekolah yang terkandas di Lapangan Antarabangsa Terbang Soekarno-Hatta pada Khamis lepas (23 Oktober) didakwa berpunca daripada masalah pengurusan ejen pelancongan.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pihaknya akan menghubungi kedutaan Malaysia di Jakarta untuk langkah susulan berhubung perkara itu.

"Kita akan hubungi pihak kedutaan (di Jakarta) kalau ada perlukan bantuan untuk bawa balik (pelajar ini). Kerajaan negeri bersedia untuk sewa khas penerbangan atau uruskan untuk membawa balik mereka.

"Jadi saya akan semak nanti dengan pihak sekolah dan kementerian (Kementerian Pendidikan) kalau ada perlu sokongan tertentu. Kita bersedia untuk bantu bawa balik mereka selepas terkandas, saya percaya ada isu yang perlu kita tangani," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Festival Idea (FOI) Peringkat Negeri Selangor 2025 di Dewan Agung Tuanku Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Profesor Datuk Dr Azlinda Azman dan Naib Canselor UiTM Profesor Datuk Dr Shahrin Sahib@Sahibuddin.

Semalam media melaporkan, 61 pelajar sekolah dari Selangor terkandas lebih tiga jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta selepas ejen pelancongan tidak muncul untuk menguruskan pengangkutan dan penginapan mereka.

Dalam kejadian pada 3 petang waktu tempatan itu, kumpulan pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Selasih dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Kapar itu tiba menerusi penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Terdahulu, Amirudin merasmikan FOl yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini, dengan pelbagai pengisian termasuk sesi pitching of ideas, forum kepimpinan, pameran penyelidikan, bengkel komuniti, dan aktiviti pemindahan ilmu yang melibatkan penyertaan pelajar, industri, dan agensi kerajaan.

Dalam pada itu, Amirudin turut merasmikan Selangor International Drone Cup 2025 yang julung kali diadakan di Kompleks Sukan UITM Shah Alam, melibatkan penyertaan hampir 50 pelumba profesional tempatan dan antarabangsa bermula hari ini hingga esok.

Antara peserta luar negara yang mengambil bahagian ialah dari Korea Selatan, China, Australia, Chinese Taipei, Thailand, Indonesia dan Singapura.

Edisi pertama kejohanan sukan udara itu anjuran bersama Persatuan Pengusaha dan Penggerak Industri Drone Malaysia (MyDrone), UiTM dan Persekutuan Sukan Udara Malaysia (MSAF). - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Lagi Kes Tikam Pelajar: ‘Anak Saya Ditikam 14 Hingga 16 Kali’ - Bapa Mangsa

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

4

Semasa 1 bulan yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad