web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


19 Individu Dilantik Anggotai Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 – PMO

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2021 5:26PM

Tun Arifin Zakaria. Gambar: Twitter Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR: Seramai 19 individu dilantik menganggotai Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 yang dipengerusikan bekas ketua hakim negara Tun Arifin Zakaria, berkuat kuasa serta merta.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan itu telah di perkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Mereka yang dilantik adalah bekas ketua setiausaha negara Tan Sri Samsudin Osman; bekas ketua polis negara Tan Sri Norian Mai; bekas panglima angkatan tentera Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin; bekas ketua pengarah kesihatan Prof Tan Sri Dr Mohamad Taha Arif; bekas pakar bedah jantung Tan Sri Dr Yahya Awang. 

Turut menganggotai jawatankuasa itu Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia Tan Sri Ter Leong Yap; Pro-Canselor Universiti Cyberjaya Tan Sri Dr R Palan, bekas timbalan pendakwaraya Pejabat Peguam Negara Datuk Sallehuddin Saidin, Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, dan pakar kesihatan awam Prof Datuk Dr Andrew Kiyu Dawi Usop.

Selain itu juga dilantik bekas setiausaha kerajaan negeri Sabah Tan Sri Sukarti Wakiman; Ahli Parlimen Tanjung Karang Tan Sri Noh Omar; Ahli Parlimen Batang Lupar Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan Ahli Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun.

Ahli Parlimen Pasir Puteh Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh; Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook serta Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad turut tersenarai dalam jawatankuasa berkenaan.

Pejabat Perdana Menteri berkata jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 itu berperanan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong tentang kewujudan berterusan darurat besar di Malaysia dan penamatannya.

Sementara Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri pula akan berperanan sebagai urus setia jawatankuasa ini. – Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Agong Terima Menghadap Pelakon Antarabangsa Terkenal Fan Bingbing

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Waspada Gelombang Haba Berterusan, Elakkan Aktiviti Luar - Agong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Dipersembahkan Laporan Kemajuan Pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Budaya Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa Perlu Jadi Teras Kepimpinan ATM - Agong

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

Penyertaan Dalam Pas Untuk Perjuangkan Reformasi - Zaid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bunuh, Bakar Teman Wanita Hamil: Pendakwa Mohon Kekal Hukuman Mati Tertuduh 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

oleh Amirah Abu Bakar