web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jenazah Mustaqqeem Selamat Dibawa Turun Dari Puncak Gunung Liang

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2025 8:12PM

Gambar JBPM Perak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Jenazah Mustaqqeem Mansoor yang ditemukan di Gunung Liang, dekat Tanjong Malim semalam, berjaya dibawa keluar oleh Pasukan Khas Udara Bomba (PASKUB) pada 2.45 petang tadi.

Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata jenazah dibawa turun dari puncak gunung berketinggian 1,933 meter menggunakan helikopter AW189.

"Helikopter dengan enam kru dari Pangkalan Udara JBPM Wilayah Tengah berlepas dari padang kawad Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 2.30 petang ke puncak Gunung Liang.

"Mangsa berjaya dibawa naik pada 2.45 petang menggunakan teknik winching dan diterbangkan ke padang kawad UPSI sebelum dibawa ke Hospital Slim River untuk proses bedah siasat," katanya dalam kenyataan.

Shazlean berkata percubaan pertama membawa keluar mangsa pada sebelah pagi tidak dapat dilakukan kerana hujan dan awan tebal di persekitaran gunung.

Sementara itu, komander operasi Moha Zairul Fahmi Mohd Nazari ketika dihubungi berkata, dua malim gunung kekal berada di puncak gunung bagi memastikan mayat mangsa selamat sementara menunggu ketibaan pasukan penyelamat.

Mustaqqeem, 34, ditemukan meninggal dunia pada 3.30 petang semalam, di puncak Gunung Liang Barat selepas bersama-sama 10 rakan memulakan pendakian pada 10 Oktober dari Bukit Fraser, Pahang dan kali terakhir dilihat pada 14 Oktober. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Ditemukan Maut Dalam Longkang, Meninggal Dunia Akibat Lemas

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

4

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Singapura 20 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad