Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Selalu Bertanya Guru, Kunci Kejayaan Anak Yatim Raih 8A

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2021 7:01PM

Mohamad Hanif menunjukkan keputusan SPM yang diperolehinya.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Selalu bertanya dan rapat dengan guru menjadi kunci kejayaan seorang anak yatim yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dewan Beta, Mohamad Hanif Mustaffar, 18, itu memperoleh keputusan 8A (2A+, 5A, 1A-) dan 1B+.

Anak keempat daripada lima adik beradik itu berkata, ilmu yang dipelajari menjadi lebih berkat apabila berbuat baik kepada guru.

“Sebagai pelajar, sangat penting kita menghormati guru yang sentiasa mencurahkan ilmu dan jika tidak faham dengan sesuatu subjek, saya akan terus bertanya kepada guru.

“Alhamdulillah, walaupun pelbagai cabaran yang dihadapi apabila perlu belajar menerusi kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), namun ia bukan halangan, dan saya juga bersyukur kerana talian internet di rumah berjalan lancar,” katanya yang tinggal di Kampung Dewan Beta di sini, hari ini.

Menurutnya, dia bertekad untuk memperoleh keputusan yang cemerlang itu bagi membanggakan bapa, Mustaffar Said, 67, dan Allahyarham ibunya, Nor Azizah Mat Nayan, 50, yang meninggal dunia pada 2013 akibat kanser serta jangkitan kuman dalam perut.

Katanya, keputusan itu dihadiahkan kepada ayahnya yang juga pesara kerajaan, atas segala sokongan dan dorongan diberikan beliau.

“Ayah dan adik beradik sentiasa memberi sokongan moral, apatah lagi saat negara berdepan pelbagai cabaran akibat pandemik COVID-19.

“Sebenarnya agak sukar untuk kita belajar secara dalam talian, namun saya tidak menjadikannya sebagai alasan,” katanya.

Selain itu, katanya, dia bersama dua rakan baiknya juga mengulang kaji pelajaran secara berkumpulan dalam tempoh dua bulan sebelum menghadapi peperiksaan SPM.

“Untuk melancarkan proses ulang kaji secara berkumpulan, kami akan bergilir-gilir tidur di rumah saya atau rakan-rakan.

“Saya bersyukur kerana dua rakan baik turut mencatatkan keputusan cemerlang apabila masing-masing mendapat 8A dan 7A,” katanya yang mahu menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak.

Menurutnya, amalan lain yang dilakukan termasuk solat hajat, mengaji al-Quran dan tidak meninggalkan solat lima waktu. - Getaran, 10 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 1 minggu yang lalu

Keputusan UPKK 2023 Diumumkan 18 April Ini

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Keputusan Kes Nik Elin Tidak Jejas Mahkamah Syariah - Mohd Na'im

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Keputusan Rayuan Kes Rasuah Isa Samad 6 Mac

4

Pendidikan 3 bulan yang lalu

16 Pusat Peperiksaan SPM Di Terengganu Berdepan Risiko Gelombang Keempat Banjir

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

Semasa 19 jam yang lalu

Misi Pelayaran Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Satu Cabaran Besar - Mohamad

Semasa 11 jam yang lalu

2 Individu Ditahan, Bantu Siasatan Kes Pukul Warga Emas Nyanyuk

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Palsukan Dokumen : Anak Menteri Besar Perlis Antara 6 Direman SPRM

oleh Wartawan Getaran