web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Potong Kemaluan Kekasih, Wanita Bangladesh Ditahan

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2025 8:42PM

Pisau yang digunakan semasa kejadian - Gambar PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISKANDAR PUTERI - Seorang wanita warga Bangladesh direman selama lima hari bermula hari ini, selepas dipercayai bertindak memotong kemaluan teman lelakinya akibat cemburu, dalam satu kejadian di Kampung Lokan, Gelang Patah, dekat sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, suspek ditahan pada 12.15 tengah hari semalam, selepas polis menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun pada 10.45 pagi.

Beliau berkata laporan dibuat selepas lelaki itu mendapati kenalannya, seorang lelaki warga Bangladesh berusia 33 tahun, mengalami kecederaan serius pada bahagian kemaluan dan tangan kiri akibat dipotong oleh suspek yang berusia 34 tahun.

"Hasil siasatan mendapati kejadian bermotifkan cemburu, apabila suspek mengetahui mangsa masih belum menceraikan isterinya di negara Bangladesh setelah menjalinkan hubungan sebagai pasangan kekasih dengan suspek," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata hasil tangkapan turut membawa kepada rampasan sebilah pisau berukuran 29 sentimeter yang dipercayai digunakan dalam kejadian berkenaan.

Hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan negatif dadah manakala mangsa kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan, kerana menyebabkan cedera parah dengan menggunakan senjata dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen kerana masuk dan tinggal tanpa permit sah. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 19 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

2

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

3

Semasa 3 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

4

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar