web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ahli Kimia Sahkan Darah Pada Helaian Kertas Diari Sepadan DNA Zara Qairina

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2025 5:03PM

Zara Qairina Mahathir - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Seorang ahli kimia memberitahu Mahkamah Koroner di sini hari ini bahawa kesan darah yang terdapat pada dua helaian kertas diari mengandungi tulisan tangan Zara Qairina Mahathir, sepadan dengan profil asid deoksiribonukleik (DNA) diperolehi daripada spesimen tulang remaja itu.

Pengarah Kanan di Pusat Pengurusan Kualiti dan Penyelidikan Jabatan Kimia Malaysia, Selangor Nor Aidora Saedon, 52, berkata kesan darah yang ditemukan pada dua helaian kertas dengan dilabelkan sebagai "Y1" dan "Y8", masing-masing meliputi dua dan tujuh kawasan.

Saksi ke-17 itu mendedahkan perkara berkenaan ketika membacakan pernyataan saksinya pada hari ke-18 prosiding inkues kematian Zara Qairina, di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

"Kesan darah itu konsisten antara satu sama lain serta berpadanan dengan profil DNA didapati daripada spesimen tulang Zara Qairina. Ini menunjukkan bahawa DNA yang dikenal pasti berasal daripada individu yang sama. Kertas 'Y1' dan 'Y8' adalah saling melengkapi antara satu sama lain," kata Nor Aidora.

Selain itu, saksi berkenaan yang berpengalaman selama 26 tahun sebagai ahli kimia berkata terdapat kesan darah ditemukan pada kertas berlabel 'WK15 (9)(a)' dan kesan DNA surih pada buku berlabel 'WK13' juga adalah sepadan.

Beliau berkata DNA surih adalah DNA yang terhasil daripada Contact of Transfer yang merupakan sentuhan ataupun air liur.

"Satu profil DNA campuran yang terdiri daripada seorang penyumbang major perempuan dan sekurang-kurangnya dua penyumbang minor telah diperoleh daripada kesan darah pada 'Y8' meliputi kawasan 'Y8(i)' dan kesan DNA surih pada beg alat tulis berlabel 'WK1(a)', buku 'WK9' dan 'WK14' serta selimut 'WK27'.

"Profil DNA didapati daripada spesimen tulang Zara Qairina, adalah merupakan penyumbang major kepada profil DNA campuran ini manakala penyumbang-penyumbang minor tidak dapat ditentukan secara konklusif," katanya.

Terdahulu, Nor Aidora memberitahu mahkamah bahawa pada 11 Ogos lepas, beliau menerima sebanyak 37 ekshibit merangkumi bungkusan kertas, sampul barang bukti dan beg spesimen seperti putik kapas yang terdapat kesan darah, kuku dan tulang daripada seorang pegawai polis.

Nor Aidora berkata beliau kemudian menerima satu beg barang bukti bertanda 'Y8' daripada seorang lagi pegawai polis pada 20 Ogos dan kesemua barang ekshibit berada dalam keadaan sempurna dan masih intact.

"Sepanjang proses analisis dijalankan, kesemua ekshibit tidak pernah ditinggalkan tanpa kawalan saya. Saya dapat memastikan bahawa kesemua ekshibit tidak diusik kerana semasa menerima kesemuanya bermeterai dan saya yang membuka setiap ekshibit tersebut.

"Selepas menganalisisnya, saya telah memeriksa semula setiap ekshibit dan memasukkannya ke dalam sampul asal dan memeterainya semula," katanya sambil memberitahu proses analisis DNA dijalankan melalui empat langkah iaitu ekstrasi DNA, kuantitasi DNA, amplifikasi DNA dan elektroforesis DNA.

Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, di sini pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran dengan asrama sekolahnya pada 4 pagi 16 Julai. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 19 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

2

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

3

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad