web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dasar Kerajaan Jelas, ‘Minuman Keras Tidak Dibenarkan Dalam Acara Rasmi’ - PM

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2025 4:29PM

Tindakan MOTAC menyediakan minuman keras dalam satu majlis makan malam rasmi menimbulkan kecaman ramai - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dasar kerajaan adalah jelas dan tegas, iaitu tidak membenarkan minuman keras dihidangkan sama sekali dalam mana-mana acara.

Menegaskan perkara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahin berkata, semua pihak dalam institusi Kerajaan, khususnya yang berjawatan Menteri harus lebih peka dan sensitif terhadap peraturan dan undang-undang. 

Menurut beliau, tindakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Datuk Seri Tiong King Sing dan kementeriannya yang menghidangkan minuman keras dalam satu acara rasmi amat dikesali.

“Mereka telah diberi amaran keras agar tidak mengulangi perkara sama.

“Seluruh jentera Kerajaan telah diingatkan supaya tidak cuai berhubung perkara sebegini, dan perlu memastikan kesilapan yang sama tidak berulang,” katanya.

Anwar Ibrahim - Gambar fail
Anwar Ibrahim - Gambar fail

Jelas Anwar, penjelasan diberikan King Sing dan MOTAC kononnya minuman keras tersebut hanya dihidangkan selepas acara berakhir tidak boleh diterima, kerana tindakan seumpama itu tidak wajar dilakukan sama sekali. 

“Penjelasan MOTAC (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya) ialah ini (minuman keras dihidangkan) setelah selesai acara rasmi, tapi tempat yang sama, majlis yang sama.

“Kami telah memberikan peringatan yang keras kepada menteri dan kementerian, supaya tidak mengulangi kesilapan ini,” katanya.

Perdana Menteri memberi jaminan, peringatan akan diberikan kepada Jemaah Menteri dan seluruh jentera kerajaan supaya tidak cuai dalam isu seumpamanya lagi.

Ditanya apakah beliau akan mengarahkan menteri terbabit dan MOTAC mengeluarkan permohonan maaf, Anwar berkata, perkara itu akan dirujuk kepada King Sing untuk menentukan tindakan lanjut yang bakal diambil. 

King Sing dan MOTAC berdepan kecaman hebat pelbagai pihak selepas tindakan mereka menghidangkan minuman keras dalam satu majlis makan makan malam rasmi diketahui umum.

Beliau sebelum ini menafikan tuduhan kononnya tetamu beragama Islam yang menghadiri majlis tersebut bertindak meninggalkan dewan selepas mendapati kewujudan minuman beralkohol.

Dakwa King Sing, majlis makan malam terbabit bukan dianjurkan Tourism Malaysia dan tuduhan dibuat Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin itu tidak berasas sama sekali. 

"Majlis makan malam itu adalah anjuran sektor swasta yang terlibat dalam Global Travel Meet, bukan Tourism Malaysia.

“Tourism Malaysia hanya bertanggungjawab menganjurkan acara Global Travel Meet selama dua hari setengah, yang berjaya menjana impak ekonomi bernilai RM420 juta,” katanya menerusi hantaran di Facebook. - Getaran, 7 Oktober 2025

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 2 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad