web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


GSF: Israel Perlu Bebaskan Aktivis Malaysia Dalam Tempoh 3 Hari - Peguam

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2025 10:55PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Israel perlu membebaskan aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) dari Malaysia yang kini ditahan di Kem Ktzi'ot dalam tempoh tiga hari, setelah mereka menandatangani borang Request For Immediate Departure atau "Permohonan untuk Pelepasan Segera".

Peguam Dir Kheizwan Kamaruddin berkata kesemua rakyat Malaysia yang ditahan itu telah dinasihatkan untuk menandatangani borang berkenaan ketika taklimat perundangan yang diberikan oleh peguam-peguam dari Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) di Tunisia dan Itali.

"Sekiranya sudah menandatangani borang Request For Immediate Departure, mereka akan dibebaskan dalam tempoh 72 jam, iaitu tiga hari.

"Perkara itu dilakukan agar tidak membebankan tahanan dan untuk tidak memanjangkan tempoh masa mereka berada di dalam tahanan pihak rejim Israel," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dir Kheizwan, antara lima peguam dari CENTHRA yang kini berada di Amman, Jordan bagi memastikan kesemua rakyat Malaysia yang ditahan rejim Israel itu mendapat perlindungan undang-undang secara telus dan adil.

Peguam lain yang terlibat ialah Fahmi Abd Moin, Azril Mohd Amin, Ahmad Nazrin Abu Bakar dan Luqman Mazlan.

Dir Kheizwan berkata selepas borang berkenaan ditandatangani, pihak Israel perlu menghantar pulang rakyat Malaysia terlibat menerusi sempadan yang akan ditentukan.

"Perancangan awal adalah ke Jordan atau pun ke Mesir yang paling dekat," katanya.

Beliau berkata peguam Pusat Undang-Undang bagi Hak Minoriti Arab di Israel (ADALAH) telah dibenarkan berjumpa rakyat Malaysia yang ditahan dan dimaklumkan mereka semua berada dalam keadaan baik, selamat dan masin bersemangat tinggi.

Rakyat Malaysia yang ditahan ialah penyanyi Heliza Helmi dan adiknya, Nur Hazwani Afiqah yang menaiki kapal Hio; Nurfarahin Romli (Farah Lee) dan Danish Nazran Murad (kapal Grande Blu); penyanyi Zizi Kirana (kapal Huga); Musa Nuwayri, Iylia Balqis dan Sul Aidil (kapal Alma); Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadli Khiduddin dan Rusydi Ramli (kapal Sirius).

Selain itu, Razali Awang (kapal Inana); pempengaruh Nurul Hidayah Moha Amin atau lebih dikenali Ardell Aryana (kapal Mikeno); PU Rahmat, Norhelmi Ab Ghani, Mohd Asmawi Mukhtar, Norazman Ishak (kapal Estrella); Zainal Rashid dan Ustaz Muhammad (kapal Fair Lady) serta Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali Haroqs, Muhd Haikal Luqman Zulkefli dan Taufiq Mohd Razif (kapal Free Willy).

GSF disertai lebih 500 aktivis dari 45 negara belayar menuju ke Gaza sebagai simbol solidariti dan usaha memecahkan sekatan Israel. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad