web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lesen Pengendali Syarikat Lori Terlibat Kemalangan Plaza Tol Bukit Kajang Dibatalkan

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2025 2:11PM

Lesen syarikat lori itu dibatalkan berkuatkuasa hari ini

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) membatalkan Lesen Pengendali syarikat lori yang terlibat dalam kemalangan maut di Plaza Tol Bukit Kajang, berkuat kuasa hari ini.

APAD dalam kenyataan hari ini, memaklumkan siasatan mendapati syarikat itu gagal memastikan pemasangan Sistem Kedudukan Sejagat (GPS) pada lori tersebut dan tidak mengutamakan keselamatan pengguna jalan raya lain.

Pembatalan lesen itu dilaksanakan selaras peruntukan mengikut Seksyen 62 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

"Dengan terbatal Lesen Pengendali, syarikat itu tidak dibenarkan untuk mengendalikan atau mengadakan sebarang perkhidmatan menggunakan mana-mana kenderaan yang dilesenkan di bawah Lesen Pengendali tersebut.

"APAD bertegas tidak akan berkompromi terhadap mana-mana kesalahan pemanduan kenderaan pengangkutan awam darat secara berbahaya yang boleh mengakibatkan kemalangan dan mengancam keselamatan pengguna jalan raya," menurut kenyataan itu.

APAD turut mengingatkan semua pengendali berlesen agar sentiasa mematuhi syarat ditetapkan bagi mengelakkan kejadian yang boleh mengakibatkan Lesen Pengendali mereka dibatalkan.

Pada Sabtu lepas, kemalangan melibatkan sebuah lori dipercayai mengalami masalah brek, sebuah kereta dan dua kenderaan utiliti sukan (SUV) mengakibatkan kematian seorang bayi lelaki berusia setahun manakala tujuh individu cedera. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Wujud Rasuah Dalam APAD Sehingga E-Hailing, Teksi ‘Gulung Tikar’

2

Semasa 4 tahun yang lalu

Ketua Cawangan APAD Didakwa Salah Guna Kuasa

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad