web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ketua Cawangan APAD Didakwa Salah Guna Kuasa

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2022 3:31PM

Tertuduh (tengah) dibawa pegawai SPRM selepas selesai proses pendakwaan di Mahkamah Sesyen Kuantan, di sini, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Seorang pegawai cawangan agensi pengangkutan awam darat (APAD) negeri didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan, di sini, atas tuduhan menyalahguna kuasa bagi kepentingan sendiri.

Tertuduh, Nor Jihan Musa, 37 tahun didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat agensi berkenaan pada Disember 2020 dan Mac tahun lalu.

Bagi pertuduhan pertama, Nor Jihan didakwa melakukan kesalahan itu pada 30 Disember 2020 dengan menggunakan jawatan sebagai ketua cawangan untuk mendapatkan suapan, menerusi kelulusan permohonan ubah syarat lesen pengendali atau permit kenderaan barangan syarikat miliknya sendiri.

Untuk pertuduhan kedua pula, tertuduh pada 31 Mac 2021, didakwa menggunakan jawatan sebagai ketua cawangan mendapatkan suapan dengan meluluskan permohonan melesenkan kenderaan mengikut surat tawaran kepada syarikat miliknya.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik selesai pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain.

Pendakwaan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang dibaca bersama mengikut Seksyen 24 akta sama, dilakukan pegawai pendakwa suruhanjaya berkenaan, Nadzirah Zahari.

Tertuduh diwakili peguam, Datuk Zaharman Zainal Abidin.

Pihak pendakwaan menawarkan ikat jamin RM10,000 kepada tertuduh bagi kedua-dua pertuduhan, bagaimanapun mahkamah menetapkan jumlah ikat jamin RM8,000 selepas mendengar hujahan peguambela tertuduh.

Hakim turut menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri di pejabat SPRM sekali setiap bulan dan menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 28 Februari ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan penyerahan dokumen. - Getaran, 18 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

Sorotan

1

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

2

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

3

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

4

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

5

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad